You are currently browsing the daily archive for 1 September, 2016.
PUTRAJAYA, 1 Sept (Bernama) — Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus tersebut selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Beliau berkata wanita berusia 58 itu yang menetap di Bandar Botanic, Klang telah datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang selepas mula mendapat gejala ruam, seminggu selepas pulang dari negara jiran terbabit.
“Berdasarkan sejarah lawatan beliau ke Singapura dan anak perempuan yang berada di sana juga telah dijangkiti virus itu, maka wanita tersebut telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil ujian air kencing menunjukkan beliau telah dijangkiti Zika,” katanya dalam sidang media di sini Khamis.
Tambahnya, difahamkan wanita itu yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh kini berada dalam proses pemulihan.
Menurutnya, setakat ini negara jiran, Singapura telah mencatatkan lebih 115 kes jangkitan Zika dengan lima orang daripadanya adalah rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di sana.
Susulan itu, katanya, kementerian telah mengambil langkah kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat yang dilawati pesakit termasuk tempat pembiakan aedes, penggunaan larvisid dan semburan kabus.
“Kami juga membuat pemeriksaan dan memantau kenalan yang telah berhubung dengan beliau sama ada turut mengalami demam atau simptom Zika yang lain,” katanya.
Ditanya adakah kementerian akan mengeluarkan nasihat larangan ke Singapura susulan perkara itu, Dr Subramaniam berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian dan jika ia dilakukan akan memberi impak lain.
“Terdapat kira-kira 200,000 rakyat Malaysia yang berulang alik ke Singapura setiap hari dan mereka dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai krim penghalau nyamuk sekerap mungkin,” katanya.
Dr Subramaniam berkata bagi kenderaan dari Malaysia ke Singapura atau sebaliknya dinasihatkan untuk menggunakan penyembur ubat nyamuk ke atas kenderaan mereka bagi mengelakkan nyamuk aedes pembawa penyakit tersebut merentasi ke negara ini.
“Selain itu, kami juga menasihatkan wanita mengandung yang mempunyai apa-apa soalan berkenaan Zika segera merujuk kepada pakar perubatan kerana risiko bagi bayi yang dikandungi untuk dijangkiti virus itu adalah tinggi,” katanya.
Dr Subramaniam berkata buat masa ini terdapat sekurang-kurangnya 16 pusat perubatan kementerian yang mempunyai kemudahan mengesan virus Zika di seluruh negara selain makmal perubatan swasta.
[semua infografik adalah dari pelbagai sumber hasil carian internet]
Mahkamah Sesyen mendapati bahawa Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik, bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Sesyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1998. Ini adalah berikutan terbitan artikel berbaur hasutan yang bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan’.
Menariknya keputusan ini adalah, pertama, kita dapati puak-puak Liberal dan pembohong Hak Asasi Manusia (yang siang malam menghasut dunia luar serta memburukkan tahap Hak Asasi Manusia Negara kita) sepi seribu bahasa. Dalam pada mereka yang mahu hapuskan Akta Hasutan, mereka langsung tidak bersuara apabila Presiden ISMA didapati bersalah di bawah Akta tersebut.
Pemerhatian yang dibuat oleh Sdr. Lukman Sheriff adalah:
After 2 days I wish to put on record that DAP supports sedition act. Not even a condemnation of the sedition Act. In fact I surmise they would be happy if Ustaz Abdullah Zaik is incarcerated.
Also after two days, please also note the deafening silence of the Bar Council and every other so call prominent civil society group. I have as to date yet to see any press release or coverage. Where is lawyers for Liberty?
It is abundantly clear that they are selective. Whom they fear and favour is evident from their silence.
[Halau Orang-orang Cina Balik Naik Tongkang -> Akta Hasutan]
Kedua, adalah berkaitan kes yang sedang dihadapi oleh Eric Paulsen apabila menghasut serta memfitnah JAKIM mempromosikan “pelampau” setiap hari Jumaat dalam tweetnya pada 9 Jan 2015.
Eric Paulsen tahu keputusan kes Presiden ISMA ini bakal menghantuinya di mahkamah nanti. Keputusan sebegini membuatnya TIDAK LENA tidur kerana tweetnya jelas menghasut orang supaya benci kepada JAKIM serta memfitnah JAKIM dengan mengatakan JAKIM mempromosi ekstremisme.
Bagaimana mungkin EP mengatakan JAKIM melakukan promosi ekstremisme pada SETIAP JUMAAT. Ini bermakna beliau merujuk kepada khutbah Jumaat? Apakah beliau tidak tidak baca dahulu teks-teks khutbah sebelum melemparkan tuduhan tidak berasas sedemikian.
Tidakkah Eric Paulsen tahu bahawa pada hari Jumaat yang beliau lemparkan fitnah dan hasutannya tersebut teks khutbah pada hari tersebut berbicara tentang “Menjana Masyarakat Prihatin”?
Angkuhnya Eric Paulsen ini, beliau berani pula menyaman Usta Hafiz Nordin kerana mengulas sikap jahat beliau memfitnah JAKIM dan menghasut kebencian orang ramai kepada JAKIM. Kita tunggu pembicaraan kes ini bulan Disember 2016 nanti. [Eric Paulsen Saman Ustaz Hafiz, Eric Paulsen Pula Hendak Gantung Kes Samannya … Pelik Tapi Benar!]
Baca juga yang berkaitan:
- Tanah Melayu – Tanah Air Ku
- Andainya Bangsa Mereka Itu Sedar Betapa Murah Hatinya Bangsa Melayu “Yang Rasis” Itu …
- Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Negeri-negeri Tanah Melayu Tidak Dijajah
- Kehidupan Yang Harmoni dan Toleransi Tinggi Mulai Terhakis
- Provokasi Yang Tidak Diundang – Mana Perginya Nilai Budaya Ketimuran Kita?
- Halau Orang-orang Cina Balik Naik Tongkang -> Akta Hasutan
- Barat hilang arah cari makna hak kebebasan
- Musuh Islam Sentiasa Mempunyai Rencana Jahat … Jangan Kita Lalai
- Pelarian Tanpa Negara (“Stateless”)
Recent Comments