AktaHasutan-DAPMahkamah Sesyen mendapati bahawa Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik,  bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Sesyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1998. Ini adalah berikutan terbitan artikel berbaur hasutan yang bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan’.

Menariknya keputusan ini adalah, pertama, kita dapati puak-puak Liberal dan pembohong Hak Asasi Manusia (yang siang malam menghasut dunia luar serta memburukkan tahap Hak Asasi Manusia Negara kita) sepi seribu bahasa. Dalam pada mereka yang mahu hapuskan Akta Hasutan, mereka langsung tidak bersuara apabila Presiden ISMA didapati bersalah di bawah Akta tersebut.

Pemerhatian yang dibuat oleh Sdr. Lukman Sheriff adalah:

After 2 days I wish to put on record that DAP supports sedition act. Not even a condemnation of the sedition Act. In fact I surmise they would be happy if Ustaz Abdullah Zaik is incarcerated.

Also after two days, please also note the deafening silence of the Bar Council and every other so call prominent civil society group. I have as to date yet to see any press release or coverage. Where is lawyers for Liberty?

It is abundantly clear that they are selective. Whom they fear and favour is evident from their silence.

EricPaulsen-kes PresidenISMA

[Halau Orang-orang Cina Balik Naik Tongkang -> Akta Hasutan]

Kedua, adalah berkaitan kes yang sedang dihadapi oleh Eric Paulsen apabila menghasut serta memfitnah JAKIM mempromosikan “pelampau” setiap hari Jumaat dalam tweetnya pada 9 Jan 2015.

Eric Paulsen tahu keputusan kes Presiden ISMA ini bakal menghantuinya di mahkamah nanti. Keputusan sebegini membuatnya TIDAK LENA tidur kerana tweetnya jelas menghasut orang supaya benci kepada JAKIM serta memfitnah JAKIM dengan mengatakan JAKIM mempromosi ekstremisme.

Bagaimana mungkin EP mengatakan JAKIM melakukan promosi ekstremisme pada SETIAP JUMAAT. Ini bermakna beliau merujuk kepada khutbah Jumaat? Apakah beliau tidak tidak baca dahulu teks-teks khutbah sebelum melemparkan tuduhan tidak berasas sedemikian.

Tidakkah Eric Paulsen tahu bahawa pada hari Jumaat yang beliau lemparkan fitnah dan hasutannya tersebut teks khutbah pada hari tersebut berbicara tentang “Menjana Masyarakat Prihatin”?

Angkuhnya Eric Paulsen ini, beliau berani pula menyaman Usta Hafiz Nordin kerana mengulas sikap jahat beliau memfitnah JAKIM dan menghasut kebencian orang ramai kepada JAKIM. Kita tunggu pembicaraan kes ini bulan Disember 2016 nanti. [Eric Paulsen Saman Ustaz Hafiz, Eric Paulsen Pula Hendak Gantung Kes Samannya … Pelik Tapi Benar!]

Baca juga yang berkaitan: