RUU355-presiden MCA-MIC menangtipis PRU13Kedua-dua Presiden MCA dan MIC bertanding di kawasan di mana pengundi Melayu mengatasi bilangan pengundi bangsa lain. Juga, suatu fakta yang tidak boleh disangkal bahawa orang-orang Cina secara menyeluruhnya menolak SEMUA calon Cina MCA dan Gerakan dalam PRU13 yang lalu. Yang memenangkan calon-calon Cina baik dari MCA mahupun dari Gerakan adalah hasil dari sokongan padu pengundi Melayu yang mahukan BN kekal memerintah.

Maka, wakil-wakil rakyat Cina dan India MESTI SEDAR bahawa orang-orang Melayulah telah meletakkan kamu di Parlimen itu. Dan sudah semestinya kamu sedar bahawa orang-orang Melayu mahu kamu mempertimbangkan dan membuat keputusan demi kepentingan orang-orang Melayu Islam di Parlimen – BUKAN kepentingan nasib bangsa kamu sendiri yang sebenarnya telah pun MENOLAK kamu.

Dengan itu semestinya, wahai Presiden MCA dan MIC sedarlah bahawa, keberadaan kamu di Parlimen adalah atas ihsan undi orang-orang Melayu-Islam yang mahukan Islam di Tanah Air ini berdaulat. Jangan kamu sia-siakan amanah kami berikan kepada kamu.

Sila hormati hak Perlembagaan orang-orang Islam. Kamu MESTI SOKONG RUU AKTA 355.

Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355

Jangan lupa … baca juga … Penentang Pindaan Akta 355 Dapat Sumber Duit HARAM?

*********

… dan seterusnya lagi: