sifir HusamMusa

Husam Musa kata kalau Tok Guru Nik Aziz masih ada Tok Guru akan ikut Husam masuk PAN. Dan Husam kata dia hendak berjumpa dengan TG Nik Aziz di akhirat nanti. Nak ajak masuk PAN?

Hebatlah Husam. Saya tidak mahu ulas panjang – cukup dengan persoalan grafik bagaimana untuk fahami sifir Husam. Memang selalu menarik apabila kita cuba fahami sifir-sifir beliau.

Pernah dulu beliau mengeluarkan sifir punca sebenar banjir besar di Kelantan tahun 2014. Ianya berpunca dari TNB melepaskan air dari empangan Kenyir 2. Husam Musa mengatakan bahawa Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?

Sungguh memalukan jika begitulah sifirnya sehingga Kenyataan TNB Menjawab Fitnah Husam Musa.

Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan?

Dan kenapa Antara Lojing Dan Kenyir 2 – Kenapa Husam Pilih Kenyir 2?

Teringat pula akan di awal penubuhan apa yang sekarang ini menjadi Parti Kuali Leper (PAN) … apa kata Husam?  … Permulaan PASMA Sudah Pun Berbohong.

Dan ketika sukarelawan seluruh Malaysia memberi tumpuan bantuan banjir di Kelantan ada orang sibuk berceramah politik … Ceramah Isu Semasa: Ada Sesiapa Nak Datang Dengar?