Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah pepatah lama.

Mother Teresa baru diangkat ke taraf “Saint” oleh Vatikan di Dataran Saint Peters (Piazza San Pietro) semalam, Ahad 4hb Sep 2016.

Bagi golongan Kristian Katolik, Mother Teresa diagungkan dan diraikan sebagai orang yang banyak “membantu orang sakit dan miskin” NAMUN bagi ramai orang di Kolkata (Calcutta) beliau dikira sebagai orang yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang sambil mengatakan lebih banyak kemudaratan yang dilakukannya berbanding sedikit sahaja kebaikannya.

motherteresacriticsSeorang doktor berpusat di London, Aroup Chatterjee, menerbitkan sebuah buku berjudul “Mother Teresa: The Final Verdict” (2003) mengkritik Mother Teresa dengan mengatakan bahawa “I personally think that she did more harm than good”

“She was very cruel in how she treated people at her home for the dying. I think she preached a very negative, very medieval, obscurantist ideology.”

University of Montreal and University of Ottawa pernah melakukan kajian pada tahun 2003, meneliti hampir 300 dokumen Mother Teresa turut mempersoalkan cara pengendalian pesakit yang menambahkan derita sambil mempersoalkan cara beliau uruskan sumbangan dana yang besar.

  “her rather dubious way of caring for the sick, questionable political contacts, her suspicious management of the enormous sums of money she received …”

Sebuah majalah perubatan yang ternama dari UK pada tahun 1994, The Lancet, melaporkan bahawa ubatan asas untuk membantu pesakit tidak diberikan kepada pesakit-pesakit yang mampu sembuh sebaliknya dibiarkan di rumah Mother Teresa untuk dibiarkan mati.

Malah di antara rungutan mangsa atau keluarga mangsa ialah “her Missionaries of Charity pushed conversion on its patients” Dan ini juga turut dilaporkan berlaku di tempat-tempat lain dengan mengambil kesempatan pesakit yang sedang menderita di katil hospital dengan janji palsu untuk dimurtadkan.

Pengalaman pahit mangsa yang mendapat layanan buruk Mother Teresa dan pasukannya dikongsi semenjak dia masih hidup malah bertambah benci kerana penderitaan mangsa disembunyikan dan hanya nama baik Mother Teresa disebut-sebut oleh golongan Katolik sehingga mengangkatnya menjadi seorang “Saint”.

Vatican sorok kes penganiayaan seksualSebab itu banyak yang terselindung dan tidak didedahkan mangsa dari kerja-kerja kotor sebegini kononnya dengan mengguna label-label menarik dan atas nama “Love, Hope and Charity” – Kasih saying, Harapan dan Kebajikan.

Membaca laporan-laporan sebegini berhubung Mother Teresa yang disembunyikan Vatikan membuat saya teringat dengan kes-kes penganiayaan seks yang telah menjadi isu darah daging Vatikan sejak berzaman dan tidak mampu dipulihkan.

Paedophile Aktif Di Gereja Malaysia?

Pedofilia dan Penganiayaan Seks Dengan Vatican dan Gereja – Berpisah Tiada

Sah! Kes Pedofilia Banyak Dan Cuba Disembunyikan Oleh Vatican