Tersebar petang tadi seorang perempuan wanita, katanya bernama Bedah Kassim (perlu pastikan nama penuhnya  sebelum sesiapa yang berhasrat hendak buat laporan polis) telah menunjuk isyarat mencarut di khalayak ramai ketika sesi soal jawab dalam forum yang membincang RUU Akta 355 pada 5hb Sep 2016.

Tindakan seperti itu boleh dituduh di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan:

KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)
Seksyen 509 – Perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.

Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Ada sesiapa hendak lapor polis untuk siasatan lanjut?

Biar grafik di bawah membicarakan …

BedahKassim-Seksyen509PEnalCode

Advertisements