korban-vs-animalkillingSetiap tahun timbul cerita yang sama. Apabila umat Islam melaksanakan ibadah korban, musuh-musuh Islam menimbulkan dengan pelbagai persoalan yang bukan-bukan.

Di mana suara mereka apabila lembu-lembu dipermainkan serta dipertontonkan di Sepanyol, dan di beberapa buah negara Barat yang lain dengan pelbagai pesta?

Kenapa mereka diam apabila masyarakat Denmark membunuh ratusan ekor ikan paus setiap tahun semenjak beratus tahun? Di bunuh untuk seronok-seronok!

Bagaimana seluruh masyarakat dunia diam apabila tauke-tauke conglomerate dunia mendapat keuntungan hasil jutaan binatang yang dibunuh setiap hari untuk orang-orang hidup mewah seluruh dunia terikut-terikut dengan budaya Amerika makan di restoran-restoran segera atas pelbagai jenama KFC, McD dan seumpamanya.

Neraca apa yang mereka guna?