You are currently browsing the daily archive for 26 September, 2016.
Bahagian 1: Melayu MUDAH LUPA Atau Mahathir YANG LUPA?
Mahathir tidak habis-habis bantah cadangan pindaan kepada Akta 355.
[Kalau belum tahu apa itu Akta 355 – sila baca: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya]
Macam-macam putar-belit diberikannya.
“Mereka cuba melakukan sesuatu yang tidak adil…mahu potong tangan seorang muslim sedangkan orang bukan Islam hanya dipenjara dua bulan. Saya tetap berpendirian bahawa apa yang mereka cadangkan adalah tidak Islamik”
Kenapa Mahathir marah sangat dengan cadangan penambah-baikan Mahkamah Syariah?
Kita harus maklum bahawa Akta 355 adalah suatu akta yang telah diluluskan pada tahun 1965.
Akta ini telah dipinda dengan menaikkan denda dari RM1,000 kepada RM5,000 dan penjara dari 6 bulan kepada 3 tahun serta ditambah baru dengan hukuman rotan. Pindaan ini dibuat pada tahun 1984. Ya, pada ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. Dia sudah lupa dulu dia sudah pinda untuk naikkan hukuman Mahkamah Syariah?
Dan, pada tahun 1989 (ya, zaman Mahathir menjadi PM juga), Akta ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Mahathir sudah lupa?
Kenapa sekarang dia lupa? Bahawa Akta ini sudah pernah dipinda zaman dia menjadi PM.
Dia sering memberi contoh yang salah dalam putar-belitnya. Dia kaitkan dengan hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri. Mahkamah Syariah dan Akta 355 TIDAK ADA KAITAN dengan kes mencuri dan merompak. Kesalahan-kesalahan sedemikian itu di bawah Akta 574 – Kanun Keseksaan bukan di bawah Akta 355 (kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah telah ditetapkan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan, baca: Apa Itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?)
Sering juga mereka mengatakan bahawa cadangan pindaan ini adalah BERCANGGAH dengan Perlembagaan Persekutuan. SALAH!
Malah, Perlembagaan Persekutuanlah yang telah menetapkan untuk adanya Akta sedemikian dan pindaan seterusnya adalah Pindaan Akta 355 TIDAK BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sama-sama kita usaha dan doakan agar cadangan pindaan ini diterima oleh majority ahli Parlimen.
Sama-sama kita gerakkan usaha dan tekanan agar wakil-wakil rakyat kita akan menyokong undi di Parlimen nanti.
*********
Baca juga:
- Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
- Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355?
- Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
- Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat
- ‘Joseph Kurup should be sacked’
- Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak
- Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
- Attack on proposed increase of jurisdiction of Syariah Courts unconstitutional and an affront to religious liberty
- Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik
- Apa itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP)
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
Menarik apabila melihat perancangan Dr. Mahathir yang serba tidak menjadi kebelakangan ini.
Dulu dia kata “Melayu Mudah Lupa”
Dulu dia kata George Soros adalah “penyagak mata wang”
Mahathir lupa George Soros sumbang dana untuk BERSIH?
Atau Mahathir sudah lupa MUSUH #1 – “penyagak mata wang”
Tetapi orang Cina tidak lupa Mahathir. Orang Cina angkat poster “Mahafiraun, we still remember what you did last time” apabila Mahathir sertai BERSIH 4.
HENTIKAN SEBARANnya.
JANGAN viralkan.
Masih ada yang rasa seronok hendak sebar mesej yang tidak disiasat terlebih dahulu. Kononnya mengambil pangajaran dari ayat-ayat Al Quran. Rupanya kita tidak sedar, mesej yang kita sebarkan mempunyai unsur ajaran Kristian.
[baca juga: Gempa Nepal: Kita Sebar Whatsapp Dakyah Kristian?]
TOLONG jangan terlalu mudah sebar-sebarkan cerita yang anda sendiri tidak pasti kebenaran.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al Quran Surah Al-Hujurat (49) Ayat 6.
Peringatan ini amat jelas. Dan sepatutnya menjadi amalan disiplin diri dalam kehidupan alaf serba cepat pemberitaan melalui alam maya ini.
Kebanyakan kita tanpa usul periksa terus dipanjangkan kepada sahabat lain. RAmai juga yang langsung tidak baca – hanya seronok forward.
Kerap kali mesej yang berkaitan dengan beberapa bala bencana berlaku pada 26hb dikaitkan dengan ayat Al Quran dari Juz 26 kononnya berbunyi:
“sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat”
Bila masa kita sebut petikan ayat al Quran dengan merujuk kepada bilangan Juz? Itupun sudah jelas.
Kenapa mereka sengaja menggunakan Juz tidak disebut Ayat dari Surah terus? Sebab jika diberikan nombor ayat dan surahnya, mudah kita hendak cari.
Tetapi kalau ayat dari satu Juz, bagaimana hendak kita periksa 20 muka surat Al Quran dalam Juz 26, sudah tentu memakan masa. Sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk kita selidiki.
Ini zaman “google”. Ambil petikan ayat, “copy & paste” buat carian. Sudah pasti ayat yang dicari itu mudah dijumpai dan ia sebenarnya dari Bible Kristian Haggai 2:6.
Kenapa kita terlalu mudah terjerat dengan perangkap agenda musuh? Allah telah pesan kepada kita dengan ayat “tabayyun” di atas. Tetapi kita seronok untuk berkongsi benda yang tidak kita selidiki terlebih dahulu.
Ada juga orang kita yang asyik sebar/forward mesej-mesej berikut: Fenomena Kedudukan Bulan Di Atas Kaabah
Sebab itu jangan kita terlalu mudah percaya mesej-mesej yang pelik-pelik Mesej Bulan Mengelilingi Kaabah – Usah Percaya
Recent Comments