DrM-Akta355-Mpotongtangan-Cpenjara

Bahagian 1: Melayu MUDAH LUPA Atau Mahathir YANG LUPA?

Mahathir tidak habis-habis bantah cadangan pindaan kepada Akta 355.

[Kalau belum tahu apa itu Akta 355 – sila baca: Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya]

Macam-macam putar-belit diberikannya.

“Mereka cuba  melakukan sesuatu yang tidak adil…mahu potong tangan seorang muslim sedangkan orang bukan Islam hanya dipenjara dua bulan. Saya tetap berpendirian bahawa apa yang mereka cadangkan adalah tidak Islamik”

Kenapa Mahathir marah sangat dengan cadangan penambah-baikan Mahkamah Syariah?

Kita harus maklum bahawa Akta 355 adalah suatu akta yang telah diluluskan pada tahun 1965.

Akta ini telah dipinda dengan menaikkan denda dari RM1,000 kepada RM5,000 dan penjara dari 6 bulan kepada 3 tahun serta ditambah baru dengan hukuman rotan. Pindaan ini dibuat pada tahun 1984. Ya, pada ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. Dia sudah lupa dulu dia sudah pinda untuk naikkan hukuman Mahkamah Syariah?

Dan, pada tahun 1989 (ya, zaman Mahathir menjadi PM juga), Akta ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Mahathir sudah lupa?

Kenapa sekarang dia lupa? Bahawa Akta ini sudah pernah dipinda zaman dia menjadi PM.

Dia sering memberi contoh yang salah dalam putar-belitnya. Dia kaitkan dengan hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri. Mahkamah Syariah dan Akta 355 TIDAK ADA KAITAN dengan kes mencuri dan merompak. Kesalahan-kesalahan sedemikian itu di bawah Akta 574 – Kanun Keseksaan bukan di bawah Akta 355 (kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah telah ditetapkan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan, baca: Apa Itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?)

Sering juga mereka mengatakan bahawa cadangan pindaan ini adalah BERCANGGAH dengan Perlembagaan Persekutuan. SALAH!

Malah, Perlembagaan Persekutuanlah yang telah menetapkan untuk adanya Akta sedemikian dan pindaan seterusnya adalah Pindaan Akta 355 TIDAK BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sama-sama kita usaha dan doakan agar cadangan pindaan ini diterima oleh majority ahli Parlimen.

Sama-sama kita gerakkan usaha dan tekanan agar wakil-wakil rakyat kita akan menyokong undi di Parlimen nanti.

*********

Baca juga: