HENTIKAN SEBARANnya.

JANGAN viralkan.

Masih ada yang rasa seronok hendak sebar mesej yang tidak disiasat terlebih dahulu. Kononnya mengambil pangajaran dari ayat-ayat Al Quran. Rupanya kita tidak sedar, mesej yang kita sebarkan mempunyai unsur ajaran Kristian.

TOLONG jangan terlalu mudah sebar-sebarkan cerita yang anda sendiri tidak pasti kebenaran.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al Quran Surah Al-Hujurat (49) Ayat 6.

Peringatan ini amat jelas. Dan sepatutnya menjadi amalan disiplin diri dalam kehidupan alaf serba cepat pemberitaan melalui alam maya ini.

Kebanyakan kita tanpa usul periksa terus dipanjangkan kepada sahabat lain. RAmai juga yang langsung tidak baca – hanya seronok forward.

Kerap kali mesej yang berkaitan dengan beberapa bala bencana berlaku pada 26hb dikaitkan dengan ayat Al Quran dari Juz 26 kononnya berbunyi:

  “sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat”

Bila masa kita sebut petikan ayat al Quran dengan merujuk kepada bilangan Juz? Itupun sudah jelas.

bencana-26hb-bible-hagaiKenapa mereka sengaja menggunakan Juz tidak disebut Ayat dari Surah terus? Sebab jika diberikan nombor ayat dan surahnya, mudah kita hendak cari.

Tetapi kalau ayat dari satu Juz, bagaimana hendak kita periksa 20 muka surat Al Quran dalam Juz 26, sudah tentu memakan masa. Sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk kita selidiki.

Ini zaman “google”. Ambil petikan ayat, “copy & paste” buat carian. Sudah pasti ayat yang dicari itu mudah dijumpai dan ia sebenarnya dari Bible Kristian Hagai 2:6.

Kenapa kita terlalu mudah terjerat dengan perangkap agenda musuh? Allah telah pesan kepada kita dengan ayat “tabayyun” di atas. Tetapi kita seronok untuk berkongsi benda yang tidak kita selidiki terlebih dahulu.

Ada juga orang kita yang asyik sebar/forward mesej-mesej berikut: Fenomena Kedudukan Bulan Di Atas Kaabah

Sebab itu jangan kita terlalu mudah percaya mesej-mesej yang pelik-pelik Mesej Bulan Mengelilingi Kaabah – Usah Percaya