Buku2 Iain - poster2Evangelis Kristian sentiasa mencari peluang terhadap mangsanya. Dalam bukunya, The Armies of God (TAOG), pengkaji gerakan evangelis Kristian berbangsa Inggeris, Iain Buchanan, menyebut tentang pertubuhan-pertubuhan evangelis antarabangsa yang bergerak atas “badan korporat antarabangsa” sentiasa tangkas mencari sasaran mereka.

Mangsa-mangsa dari dunia bukan Barat (non-Western) yang miskin dianggap sebagai sasaran yang sesuai kerana tiga sebab:

1. sasarannya adalah jiwa yang mahu ‘diselamatkan’
2. sasarannya adalah benih-benih untuk kebencian (discontent) politik
3. sasarannya pada lazimnya menawan atau ‘mentadbir’ sesuatu kawasan strategik yang signifikan

Ketiga-tiga sebab di atas meletakkan mangsa sasaran evangelis Kristian sebagai golongan yang strategik apabila mereka ini kemudian bersama dengan puak evangelis.

Mangsa-mangsa yang disasarkan ini tergolong dalam empat kategori utama:

a. Wanita dan kanak-kanak
Di kalangan yang miskin kronik, para evangelis mengsasarkan pelbagai kaedah dan skim “bantuan”. Dari mangsa-mangsa yang miskin ini, wanita dan kanak-kanak adalah yang paling mudah untuk didekati dan dipujuk (baca: dieksploitasi). Mereka adalah sangat terdesak dengan kemiskinan dan tekanan hidup sehingga sanggup menerima siapa sahaja yang mendekati mereka. Kes-kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak pun amat berleluasa di kalangan paderi-paderi Kristian.

b. Mangsa bencana
Orang-orang yang miskin dan trauma akibat bencana juga sangat mudah menerima dan menyambut kedatangan orang-orang yang dilihat “simpati” dan “menghulurkan bantuan”. Namun, yang lebih penting dalam strategi evangelis ialah bencana ini membuka peluang strategik untuk kepentingan Barat dan pelbagai agensi evangelis untuk menembusi kawasan-kawasan yang lazimnya sebelum itu sukar untuk mereka masuk. Lihat Aceh sebagai contoh.

c. Mangsa konflik
Evangelis Kristian memang sentiasa mengekori tentera-tentera penjajah sejak berzaman. Slogan 3G – Gold, Glory and Gospel – adalah contoh terbaik peranan yang dimainkan oleh gerakan Kristinisasi dalam penjajahan. Dalam mana-mana medan konflik, seperti di Afghanistan, Iraq, Syria dan sebagainya, kita dapat lihat berbondong-bondong pelbagai misi dakyah Kristian berebut-rebut mengikuti rapat di belakang tentera-tentera Amerika Syarikat.

Kem-kem pelarian merupakan peluang terbaik untuk menembusi medan-medan yang sebelum ini terhalang kepada mereka. Sedangkan banyak daripada konflik yang berlaku berpunca dari hasutan dan mainan percaturan geo-politik Barat sendiri (khususnya Amerika Syarikat).

d. Yang sakit
Keperluan perubatan sememangnya perlu dalam segala situasi bantuan. Namun terbukti dalam banyak situasi di mana mereka yang sakit sengaja ditumpukan oleh para evangelis. Kita dapat lihat dalam kes gejala AIDS/HIV di Afrika, pelbagai badan-badan utama evangelis secara tersusun mengaturkan pelbagai program. Kita juga dapat lihat dengan jelas beberapa gerakan evangelis Kristian bertopengkan bantuan kepada pesakit AIDS/HIV di Malaysia turut dijadikan sasaran mereka.

Dalam program-program lawatan ke hospital-hospital, kita akan dapati evangelis Kristian bergerak atas nama “kebajikan” bagi mengaburi agenda mereka untuk mendekati pesakit-pesakit bagi memujuk kepada untuk menerima “Jesus sebagai penyelamat” (baca: murtad)

Begitulah pelbagai tipu helah dan strategi licik pelampau evangelis Kristian dalam usaha memurtadkan pelbagai lapisan masyarakat sambil memberi tumpuan khusus yang dirancang ke atas mangsa-mangsa keadaan. Baca juga pelbagai pendedahan tentang penyelewengan dan tipu muslihat gerakan Mother Teresa di India yang mana mereka mengambil kesempatan ke atas orang-orang sakit – ada yang melaporkan sesetengah pesakit sengaja dibiarkan mati tanpa memberi rawatan yang terbaik.

Iain Buchanan banyak mendedahkan rangkaian antarabangsa gerakan evangelis ini dalam bukunya The Armies of God dengan memberi tumpuan kepada kajian ancaman gerakan militan Kristian. Saya mengesyorkan kepada sesiapa yang belum memiliki buku tersebut boleh mendapatkan naskahnya melalui pesanan di sini – Buku-buku Iain Buchanan – The Armies of God & Sang Nila Utama