Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ‘menolak kelulusan’ Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man membenarkan satu majlis penerangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 di negeri itu baru-baru ini.
Majlis itu dirancang oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) negeri Perlis pada 22 Oktober lalu tetapi terpaksa dibatalkan kerana Mufti mahu program berkenaan ditukar dan tidak menjurus kepada penerangan RUU355.
[baca jawapan penganjur program apabila dinafi Asri: https://akarimomar.wordpress.com/2016/11/01/isu-ruu355-vs-asri-pemanis-jawab-mufti-perlis/]
Menurut sumber memberitahu Watan Online difahamkan program itu menjemput, Prof Datuk Dr Mahamad Naser Disa selaku ahli panel.
NGO terbabit kesal dengan sikap Mufti Perlis itu melarang penganjuran sesi penerangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang bertujuan memberi kefahaman kepada umat Islam di Perlis.
Menurut sumber itu lagi satu pertemuan telah diadakan dengan Mohd Asri berlangsung antara wakil NGO dan Exco agama negeri Perlis. Selepas mendengar penjelasan mengenai program itu, Mufti Perlis berkenaan mahu program penerangan RUU355 itu ditukar.
“Begitu juga beliau tidak mahu ahli panel yang terbabit dalam program itu. Amat malang Exco agama tidak dapat berbuat apa walaupun program itu telah mendapat kelulusan Menteri Besar terpaksa dibatalkan kerana arahan serta kuasa mufti itu.
“Amat sedih Perlis mendapat Mufti sebegini. Usaha memartabatkan Islam dihalang kerana ada pihak tidak sehaluan dengan ideologinya,” kata sumber itu.
Watan Online dimaklumkan tindakan Mohd Asri itu bukan perkara luar biasa, malah, beberapa kali Mufti Perlis itu mengeluarkan kenyataan yang menolak pelaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS.
Malah, dalam isu RUU355 ini, Mufti Perlis itu dilihat lebih ‘senada’ dengan DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR yang konsisten menolak RUU persendirian itu.
SUMBER: http://watan-online.com/?p=35397
Baca juga:
- Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
- Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta
- Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355?
- Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
- Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
- Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat
- Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak
- Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
- Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355
- Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa
- Penentang Pindaan Akta 355 Dapat Sumber Duit HARAM?
- Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang?
- Kempen MUDAH Sokong Akta 355
- Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri
- Pindaan Akta 355 Tidak Membabitkan Kesalahan Kekeluargaan (W.P.) Akta 303
2 comments
Comments feed for this article
31 October, 2016 at 7:56 am
“Mokhtar Dahari” Gagal Jaringkan Gol Dek Kerana Kemuncup Di Stokinnya | Karim's Blog
[…] Mufti Yang “Power” Boleh Batal Program MB? […]
1 November, 2016 at 9:55 am
Isu RUU355 vs Asri : PEMANIS Jawab Mufti Perlis | Karim's Blog
[…] Baca yang berkaitan: Mufti Yang “Power” Boleh Batalkan Program MB? […]