You are currently browsing the daily archive for 31 October, 2016.

Ya, kami telah dedahkan beberapa kali sebelum ini bahawa ada agenda asing dalam memanipulasi pilihanraya di Tanah Air kita. Ya, kami telah pun sebutkan penglibatan agen-agen asing yang keluar masuk Negara kita serta mengadakan pelbagai program, latihan, kursus dan bengkel bagi melatih kader-kader barua Barat.

Malah semasa penganjuran Bersih 4 dahulu – kami pernah sebut dua orang agen luar yang berada di sebuah hotel di mana beberapa pemimpin NGO/parti kerap keluar masuk hotel tersebut berjumpa agen-agen asing tersebut.

Pendedahan terbaru dari DC Leaks tidaklah menghairankan. Ianya menambah lagi bukti-bukti yang sudah terkumpul banyak.

Nama-nama serta pertubuhan-pertubuhan yang disebut dalam DC Leaks sememangnya dalam senarai kami tentang penglibatan mereka sebelum ini.

Sebab itu jangan kita terlalu mudah mendengar hasutan dari agenda musuh yang mahu porak-perandakan Tanah Air kita. Mereka ada agenda JAHAT.

Cukuplah dengan infografik di bawah sebagai mengukuhkan apa yang telah kami sebut sebelum ini.

dcleaks-bersih

 

Baca kiriman sebelum ini, mainan Barat dan barua-barua mereka:

 

Boleh percayakah kita kepada orang yang bermatian membela Mahathir seperti Kadir Jasin akan menjual apa sahaja andaian dan helah bagi membersihkan nama bosnya Mahathir itu.

Dulu, ketika berkuasa penuh ke atas akhbar utama, beliau  memilih laporan yang disenangi bosnya. Kadir Jasin berkata bahawa media Barat jahat, penipu, penuh dengan dendam kesumat dan memalsukan laporan. Itulah laporan-laporan yang terbit dalam akhbar-akhbar yang beliau kuasai – bahawa media Barat hendak menghancurkan Negara kita.

Kini, bagi meneruskan sokongannya terhadap Mahathir, TETAPI Kadir Jasin memilih untuk mempercayai media Barat.

dendam-kesumat-kadir-jasin

Apabila kes “mata Lebam” Anwar Ibrahim menjadi kecoh ketika dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya, Kadir Jasin (sebagai seorang wartawan yang dikira veteran) sempat memberi andaian yang SANGAT CERDIK. Bahawa mungkin “mata Lebam” Anwar adalah disebabkan adanya sebiji “tahi bintang” yang jatuh terkena Anwar dalam tahanan. Apakah ianya masuk akal? (NST 4hb Oktober 1998, m.s. 13).

… hmmm … kalau ya pun …

 

 

Sememangnya masing-masing pasukan negeri yang bermain mahukan kemenangan untuk mengatasi pasukan lawan. Kita lihat pasukan Kedah bermatian mahukan kemenangan ke atas pasukan Selangor kali ini bagi menebus kekalahan lalu. Biar pun tipis asalkan menang. Tipis kalah pun tetap kalah.

Dalam mengejar kemenangan sering kali kita lihat kekasaran akan berlak. Peteh memeteh, siku menyiku, tolak menolak pasukan lawan. Hinggakan kadang-kadang boleh melarat kepada para penonton turut serta hingga mencetus rusuhan.

Pasukan Malaysia ... bukan lagi bermain untuk negeri masing-masing

Pasukan Malaysia … bukan lagi bermain untuk negeri masing-masing

Namun demikian apabila pemain-pemain dari masing-masing pasukan negeri yang terpilih untuk meakili Malaysia, kita sudah pasti mahu lihat para pemain dari pelbagai pasukan negeri bermain bukan sahaja dengan penuh semangat malah kita mahu lihat kerjasama yang optimum dan semangat pasukan yang yang terbaik. Tidak perlulah pemain-pemain dari pasukan-pasukan negeri yang berbeza masih kekal bermusuhan seperti mereka bermain untuk negeri masing-masing.

Ini adalah pasukan bolasepak Malaysia. Bukan lagi para pemain mewakili negeri masing-masing … bukan lagi mewakili Kedah, Selangor … atau pun JDT mahupun T-team. Pasukan Malaysia! Tumpukan untuk kemenangan Malaysia kita!

Jom sokong pasukan Malaysia! Jangan terbawa-bawa dengan semangat kenegerian lagi masa ini – bukan masanya.

Begitulah PAS dan UMNO. Masing-masing atas pentas politik dalam pilihanraya mereka berperang mulut, berperang poster dengan pelbagai taktik dan strategi kempen untuk menang.

Namun, apabila sudah selesai musim pilihanraya kita bawa agenda Ummah pula. PAS dan UMNO bersama dalam agenda memperkasakan Mahkamah Syariah melalui cadangan pindaan Akta 355.

AGENDA BERSAMA ... untuk UMMAH

AGENDA BERSAMA … untuk UMMAH

Kita letak di tepi perbezaan parti politik. Ini masa untuk agenda bersama – agenda Islam. Jangan kita dengar gangguan musuh. Kita bersama menjayakan agenda bersama Pasukan Islam.

Ya, kenapa masih ada yang tidak mahu bersama dalam agenda bersama Pasukan Islam? Demi memperkasakan Mahkamah Syariah, perbezaan politik bukan masanya?

Begitulah para pemain yang bersama menjayakan pasukan Malaysia … para pemimpin PAS dan UMNO usah fikirkan perbezaan parti. Kita semua bersama dengan umat Islam di Tanah Air ini yang ingin melihat kerjasama yang orang lain lakukan untuk kepentingan bangsa dan agama mereka – KENAPA KITA SUKAR UNTUK BERSATU DEMI AGENDA BERSAMA?

Kesilapan besar “Mokhtar Dahari” yang gagal menjaring gol penting adalah akibat gagal memberi tumpuan kepada misi untuk menjaringkan gol kerana terganggu oleh rasa tidak selesa kemuncup di stokinnya.

mokhtar-kemuncupMokhtar yang sudah berada di hadapan gawang musuh ternyata silap kerana cuba mencabut kemuncup yang terlekat di stokinnya. Tumpuan Mokhtar sepatutnya adalah kepada bola di kakinya dan menolak terus ke pintu gol. Kenapakah di saat-saat penting sedemikian Mokhtar teralih tumpuan kepada kemuncup tersebut.

Sepatutnya sudah dapat gol. Sepatutnya jangan hilang tumpuan kepada misi perlawanan untuk menang. Gol tersebut amat penting. Jangan hilang fokus.

Begitulah suasananya yang sedang kita hadapi sekarang. Semakin dekat dengan pintu gol untuk mendapat kelulusan kepada cadangan pindaan Akta 355, semakin banyak gangguan “kemuncup”. Usah hilang fokus. Jangan dilayankan gangguan “kemuncup”.

Inilah saatnya kita mahu kemenangan tersebut. Inilah masanya untuk kita buktikan kita boleh berjaya. Bersama kita jayakan. Pedulikan sedikit ketidakselesaan dek kerana “kemuncup” itu.

Begitu juga bila berpasukan … di bawah pasukan Malaysia – jangan terbawa-bawa permusuhan semasa pelawanan pasukan negeri masing-masing – Pasukan Bolasepak Malaysia Akan Terus Gagal Jika Masih Pentingkan Pasukan Negeri Masing-masing

Jom bersama kita sokong cadangan pindaan Akta 355.

Baca tentang Cadangan Pindaan Akta 355:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

October 2016
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid