Ya, kami telah dedahkan beberapa kali sebelum ini bahawa ada agenda asing dalam memanipulasi pilihanraya di Tanah Air kita. Ya, kami telah pun sebutkan penglibatan agen-agen asing yang keluar masuk Negara kita serta mengadakan pelbagai program, latihan, kursus dan bengkel bagi melatih kader-kader barua Barat.
Malah semasa penganjuran Bersih 4 dahulu – kami pernah sebut dua orang agen luar yang berada di sebuah hotel di mana beberapa pemimpin NGO/parti kerap keluar masuk hotel tersebut berjumpa agen-agen asing tersebut.
Pendedahan terbaru dari DC Leaks tidaklah menghairankan. Ianya menambah lagi bukti-bukti yang sudah terkumpul banyak.
Nama-nama serta pertubuhan-pertubuhan yang disebut dalam DC Leaks sememangnya dalam senarai kami tentang penglibatan mereka sebelum ini.
Sebab itu jangan kita terlalu mudah mendengar hasutan dari agenda musuh yang mahu porak-perandakan Tanah Air kita. Mereka ada agenda JAHAT.
Cukuplah dengan infografik di bawah sebagai mengukuhkan apa yang telah kami sebut sebelum ini.
Baca kiriman sebelum ini, mainan Barat dan barua-barua mereka:
- Percaturan Geo-Politik Amerika
- BERSIH Tidak Terima Dana Dari NED Tapi Dari NDI … Apa Bezanya?
- Gerakan “Civil Society” – Alat Kuasa Asing Menguasai Sesebuah Negara
- The “Moderate Baruas”
- Kemusnahan Negara-negara Islam – Perancangan Strategik Musuh
- US Attempting “Regime Change” in Malaysia: Fact or Fiction?
Leave a comment
Comments feed for this article