Sememangnya masing-masing pasukan negeri yang bermain mahukan kemenangan untuk mengatasi pasukan lawan. Kita lihat pasukan Kedah bermatian mahukan kemenangan ke atas pasukan Selangor kali ini bagi menebus kekalahan lalu. Biar pun tipis asalkan menang. Tipis kalah pun tetap kalah.

Dalam mengejar kemenangan sering kali kita lihat kekasaran akan berlak. Peteh memeteh, siku menyiku, tolak menolak pasukan lawan. Hinggakan kadang-kadang boleh melarat kepada para penonton turut serta hingga mencetus rusuhan.

Pasukan Malaysia ... bukan lagi bermain untuk negeri masing-masing

Pasukan Malaysia … bukan lagi bermain untuk negeri masing-masing

Namun demikian apabila pemain-pemain dari masing-masing pasukan negeri yang terpilih untuk meakili Malaysia, kita sudah pasti mahu lihat para pemain dari pelbagai pasukan negeri bermain bukan sahaja dengan penuh semangat malah kita mahu lihat kerjasama yang optimum dan semangat pasukan yang yang terbaik. Tidak perlulah pemain-pemain dari pasukan-pasukan negeri yang berbeza masih kekal bermusuhan seperti mereka bermain untuk negeri masing-masing.

Ini adalah pasukan bolasepak Malaysia. Bukan lagi para pemain mewakili negeri masing-masing … bukan lagi mewakili Kedah, Selangor … atau pun JDT mahupun T-team. Pasukan Malaysia! Tumpukan untuk kemenangan Malaysia kita!

Jom sokong pasukan Malaysia! Jangan terbawa-bawa dengan semangat kenegerian lagi masa ini – bukan masanya.

Begitulah PAS dan UMNO. Masing-masing atas pentas politik dalam pilihanraya mereka berperang mulut, berperang poster dengan pelbagai taktik dan strategi kempen untuk menang.

Namun, apabila sudah selesai musim pilihanraya kita bawa agenda Ummah pula. PAS dan UMNO bersama dalam agenda memperkasakan Mahkamah Syariah melalui cadangan pindaan Akta 355.

AGENDA BERSAMA ... untuk UMMAH

AGENDA BERSAMA … untuk UMMAH

Kita letak di tepi perbezaan parti politik. Ini masa untuk agenda bersama – agenda Islam. Jangan kita dengar gangguan musuh. Kita bersama menjayakan agenda bersama Pasukan Islam.

Ya, kenapa masih ada yang tidak mahu bersama dalam agenda bersama Pasukan Islam? Demi memperkasakan Mahkamah Syariah, perbezaan politik bukan masanya?

Begitulah para pemain yang bersama menjayakan pasukan Malaysia … para pemimpin PAS dan UMNO usah fikirkan perbezaan parti. Kita semua bersama dengan umat Islam di Tanah Air ini yang ingin melihat kerjasama yang orang lain lakukan untuk kepentingan bangsa dan agama mereka – KENAPA KITA SUKAR UNTUK BERSATU DEMI AGENDA BERSAMA?