Kecoh lagi. Namanya P.Ramly burger – tetapi ianya burger BABI. Memang kecoh kalau begitu. Babi adalah makanan haram. Tapi diberikan nama Melayu P.Ramly.

P R O V O K A S I ???

Saya katakan, YA.

Persoalannya, seperti mana tajuk yang saya gunakan di atas, apakah ini yang disuruh oleh Tuhan Kristian?

Sepatutnya bukan sahaja orang-orang Islam yang bangkit marah, tetapi mana-mana orang Kristian yang budiman SEPATUTNYA bangkit marah kepada pengasas dan pemilik kedai Ninja Joe dengan penghinaan sedemikian ke atas agama dan penganut agama lain.

KENAPA?

Ninja Joe dimiliki oleh seorang Kristian tegar. Aktivis di sebuah gereja di Seremban “… where T.J. serves in the PA ministry while Janice leads the dance ministry …”

Kedua-dua pengasas suami isteri sering mengatakan bahawa sejak dari awal mula segala urusan perniagaan mereka mendapat petunjuk dari Tuhan mereka.

God was good indeed!

it was clear that the peace of God was with us on our journey.

… we felt assured knowing that God would lead us according to His will.

… we trust that God will pave the way for greater things because He is faithful just as we are faithful to Him.

Takkanlah agama Kristian mengajar penganutnya menghina agama lain. Takkanlah Tuhan Kristian suruh penganutnya membuat provokasi dengan sengaja mengguna nama-nama yang boleh dianggap sensitif oleh majoriti rakyat di Tanah Air ini. Apakah tiba-tiba orang Kristian diajar untuk sengaja dengan JAHAT membuat kacau bilau. Umat Islam pun tidak diajar untuk memberi nama JESUS BABI. Tidak boleh sama sekali. TAPI apakah itu yang disuruh oleh Tuhan kepada TJ Lee?

Pengasas dan pemilik Ninja Joe memilih nama burger yang dengan sengaja mengguna nama Melayu yang mana juga nama ulamak tersohor Imam “Shafi’e Shaghir” Ramli (919-1004 H), atau penyanyi/pelakon/pemusik Melayu Islam tersohor P. Ramlee atau untuk menggelirukan masyarakat Melayu Islam dengan jenama popular keluaran orang Melayu Islam, Ramly Burger?

Baca tulisan Iain Buchanan: The Mission of Ninja Joe

pramlyburger-pengasasninjajoe-kristian