mufti-power-jawab-pemanisProgram penerangan Rang Udang-Undang 355 (RUU355) yang terpaksa dibatalkan selepas mendapat ‘campur tangan’ Mufti adalah anjuran Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS) dan bukannya Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Ahli jawatankuasa penyelaras program itu, Bahari Ali, berkata program yang mendapat persetujuan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man itu terpaksa dibatalkan selepas Mufti, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu ahli panel majlis itu ditukar.

Menurutnya, tindakan Mohd Asri menyukarkan program itu untuk dilaksanakan seperti yang dirancang pada 22 Oktober lalu apabila meminta ahli panel ditukar sedangkan Menteri Besar sudah bersetuju.

“Sepatutnya Menteri Besar yang akan merasmikan majlis penutup program itu. Malah, kita sudah membuat tempahan makanan untuk 1,500 tetamu juga terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

“(Yang Dipertua PEMANIS), Datuk Mohd Zain Hamzah dan beberapa pegawai agama negeri berjumpa Mufti dan jika mahu program itu diteruskan beliau mahu ahli panel ditukar. Akhirnya atas kesulitan itu PEMANIS membatalkan program.

“Kita amat sedih apabila program yang bertujuan untuk memberi penerangan tentang akta syariah ini terpaksa dibatalkan dan akhirnya Perlis tidak buat apa-apa untuk penerangan RUU355,” katanya kepada Watan-Online.

Semalam Watan-Online melaporkan yang Mufti Perlis itu ‘menolak kelulusan’ Menteri Besar apabila meminta penceramah program penerangan RUU355 ditukar.

Mufti Perlis itu di laman sosial Facebooknya hari ini mendakwa Jabatan Mufti tidak pernah menerima surat permohonan daripada IKSIM untuk mengadakan program penerangan RUU355 di negeri itu.

Ahli panel yang dijemput PEMANIS bagi memberi penerangan tentang RUU355 itu ialah, Prof Datuk Dr Mahamad Naser Disa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM.

Sementara itu, Bahari berkata pihaknya kecewa apabila pegawai agama yang turut serta pada pertemuan dengan Mufti itu hanya ‘berdiam diri’ dan tidak berusaha memujuk supaya program itu diteruskan dengan ahli panel yang sudah mendapat persetujuan Menteri Besar.

Baca yang berkaitan: Mufti Yang “Power” Boleh Batalkan Program MB?

SUMBER: http://watan-online.com/?p=35607

Baca juga: