kadirjasin-meteorpuncaanwarlebamSukar untuk kita fahami apabila seorang Ketua Pengarang sebuah akhbar utama boleh memberi salah satu sebab mata Anwar Ibrahim lebam apabila dibawa kali pertama ke Mahkamah Petaling Jaya pada tahun 1998, ialah kemungkinan sebiji tahi bintang atau meteor yang jatuh dari Langit.

Boleh masuk akal?

Meteor jatuh dari langit menembusi tempat tahanan Anwar Ibrahim terus kena matanya menyebabkan lebam tapi tidak mematikan Anwar. Apakah itu cara orang cerdik atau orang bodoh memberi contoh kemungkinan?

Namun demikian itulah nilai kewartawanan orang yang dipandang hebat, sebagai ketua pengarang akhbar, tetapi sanggup berhujah apa sahaja demi untuk bosnya. Tidak kiralah ianya masuk akal atau tidak – janji jawab. Biarlah nampak bodoh pun – tidak mengapa.

dendam-kesumat-kadir-jasinKalau dulu, Kadir Jasin mengatakan bahawa media asing dari Barat mempunyai agenda untuk menghancurkan negara kita dengan dendam kesumat yang jahat – kini Kadir Jasin inilah juga bermatian menjaja WSJ pula yang betul. Baca: Kadir Jasin: Dendam Kesumat Media Barat – Jangan Percaya!