You are currently browsing the daily archive for 3 November, 2016.
Siapa atau parti apa yang dimaksudkan Tuanku Sultan Johor sebagai VIRUS yang lebih teruk dari virus ZIKA?
INGIN SAYA INGATKAN MENGENAI SATU PENYAKIT YANG SEDANG DATANG KE JOHOR AKIBAT SEJENIS VIRUS YANG AMAT MERBAHAYA. VIRUS INI LEBIH TERUK DARIPADA ZIKA KERANA TIADA PENAWARNYA. JIKA PENYAKIT JANTUNG, BOLEH MATI SERTA MERTA. VIRUS INI AKAN MEMBUAT PESAKITNYA SENGSARA SEPANJANG HAYAT.
VIRUS YANG SAYA MAKSUDKAN ADALAH VIRUS PERPECAHAN. VIRUS INI DATANG DARIPADA PARTI POLITIK BARU DAN AHLI-AHLINYA MENJADI PENYEBARNYA.
VIRUS INI SANGAT MERBAHAYA KERANA IANYA SUKAR DIUBATI. APABILA MASYARAKAT TELAH DIJANGKATI VIRUS INI, MAKA MUSNAHLAH KEHIDUPAN RAKYAT DAN KEMAKMURAAN NEGARA.
OLEH ITU SAYA BERHARAP RAKYAT MENJAUHKAN DIRI DARIPADA VIRUS INI. GUNAKAN AKAL FIKIRAN DAN JANGAN SAMPAI MENYESAL KEMUDIAN HARI.
PEMBAWA VIRUS INI AKAN MENGHENTAM KERAJAAN SETIAP HARI DAN MENGHASUT RAKYAT SUPAYA MEMBENCI PEMIMPIN. TETAPI KEBAIKAN YANG DIBUAT KERAJAAN SEMUANYA MEREKA BUAT TAK NAMPAK.

JOHOR BAHRU, 3 Nov — Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersalaman dengan rakyat jelata selepas berkenan berangkat menghadiri Program Himpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini.
Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim.
–fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dalam Himpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang disertai kira-kira 3,000 orang di sini, hari ini, Tuanku Sultan Johor membuat kenyataan tegas melarang Demonstrasi Jalanan Bersih sambil membidas Mahathir kerana mahu menyertai Bersih dan pernah melucutkan sebahagian kuasa YDP Agong ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.
AKHIR-AKHIR INI, SAYA LIHAT TELAH WUJUD SATU BUDAYA YANG TIDAK SIHAT DI NEGARA KITA, IAITU BUDAYA DEMONSTRASI JALANAN. TINDAKAN RAKYAT YANG BERKUMPUL DI TEMPAT AWAM, SAMBIL MEMBAWA SEPANDUK DAN MELAKUKAN AKSI YANG MENGHINA PEMIMPIN ATAU INDIVIDU, ADALAH TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN HANYA MENIMBULKAN KEBENCIAN DAN PERPECAHAN MASYARAKAT.
YANG PELIKNYA, SEORANG BEKAS PEMIMPIN NEGARA YANG TERKENAL DI DUNIA PUN SAMA-SAMA MENYERTAI DEMONSTRASI JALANAN. INI BUKAN TABIAT ORANG KITA. SAYA JUGA TIDAK FAHAM MENGAPA ORANG KITA TERIKUT-IKUT DENGAN CARA ORANG LUAR YANG MENGHASUT UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN.
INGIN SAYA TEGASKAN, DI NEGERI JOHOR, SAYA TIDAK AKAN BENARKAN MANA-MANA PIHAK MENGANJURKAN DEMONSTRASI JALANAN. KERANA IA AKAN MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM DAN MEMBERIKAN IMEJ YANG TIDAK BAIK.
OLEH ITU, SAYA INGATKAN KEPADA SEMUA N.G.O. DI JOHOR DAN SEMUA BANGSA JOHOR SUPAYA JANGAN IKUT BUDAYA YANG SESAT INI.
NAMUN BEGITU, SAYA BERASA AMAT KECEWA APABILA ADA PEMIMPIN YANG TELAH DIBERIKAN KUASA, MENJADI SEMAKIN TAMAK DAN INGINKAN KUASA YANG LEBIH BESAR SEHINGGA SANGGUP MENGHAPUSKAN HAK ORANG YANG MEMBERINYA KUASA DAHULU.
INILAH DIKATAKAN SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT, PEMIMPIN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI TELAH MEMBUAT BEBERAPA PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. TERUTAMANYA PADA TAHUN 1994 YANG TELAH MENJADIKAN YANG DIPERTUAN AGONG SEBAGAI BONEKA YANG MESTI MENGIKUT TELUNJUK MEREKA.

JOHOR BAHRU, 3 Nov — Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima cenderahati daripada Majlis Penyelia Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Negeri Johor yang diwakili presidennya, Zaini Atan (tiga, kiri) pada Program Himpunan Bangsa Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang hari ini.
–fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
Inilah terbaik. Hapuskan sekolah SRJK. Hanya ada Sekolah Kebangsaan (SK).
Berikut adalah petikan ucapan DYMM Tuanku Sultan Johor di Himpunan Bangsa Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang pada 3hb November 2016.
SAYA JUGA HAIRAN MACAM MANA MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK BOLEH BERBAHASA MELAYU. JIKA RAKYAT TIDAK BOLEH BERKOMUNIKASI DAN MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN, BAGAIMANA HENDAK HIDUP BERSAMA ?
OLEH ITU SUKA SAYA TEGASKAN DI SINI SUPAYA KERAJAAN MENAMBAH-BAIK SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DENGAN MENJADIKAN SEKOLAH RENDAH HANYA SATU ALIRAN.
BANGI, 3 Safar 1438H, Khamis – Kerajaan tidak seharusnya menangguhkan lagi usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 daripada dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat penggal ini, kata Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih bersikap serius dalam pelaksanaan undang-undang Islam, khususnya menaik taraf perundangan syariah di Malaysia.
“Ia sudah pun disenaraikan dan kita tidak mahu nanti ada persepsi bahawa apa yang dibawa oleh PAS itu bukan sahaja ditentang oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri.
“Malah, kita bimbang akan wujud persepsi bahawa UMNO dan kerajaan yang tidak suka terhadap perundangan syariah dinaik taraf di negara ini. Jadi kita tak perlu tunggu lagi. Segerakan ia supaya boleh dibahaskan bagi penggal kali ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kemungkinan usul RUU 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sempat untuk dibahas pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Ia berikutan usul pindaan yang sepatutnya dibahaskan telah diturun daripada senarai nombor 4 kepada nombor 7 di dalam kertas perintah mesyuarat pada sesi terakhir Dewan Rakyat tahun ini.
Mengulas perkara itu, Ismail berkata, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk meletakkan usul RUU 355 sebagai keutamaan supaya ia dapat segera diputuskan.
“Soal sempat tidak sempat dibuat oleh manusia. Kita yang menentukan sempat atau tidak. Kita faham, usul kerajaan itu perlu didahulukan, tetapi apakah usul kerajaan mahu didahulukan itu tidak boleh ditangguh bagi beri ruang kepada RUU 355 ini. Ia juga adalah ‘urgent’ untuk maslahah orang Islam.
“PAS mungkin tidak akan merasa tekanan kerana ‘bola ada di kaki kerajaan’. Kerajaan yang sepatutnya lebih serius dengan perkara ini. Jangan turun, turun nanti terus hilang usul itu.
“Jika kerajaan membiarkan ia ditangguhkan lagi bermakna ia jelas kerajaan tidak serius mahu ia terlaksana. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada mereka,” katanya.
Usul itu menjadi kontroversi selepas beberapa pemimpin bukan Islam dari kalangan parti rasis dan cauvinis, DAP termasuk rakan komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA serta MIC menentang dan menyifatkan ia sebagai undang-undang Hudud.
Perkara itu mencetuskan beberapa siri ugutan dari pemimpin MCA dan MIC untuk meletakkan jawatan mereka sekiranya undang-undang itu diluluskan di Parlimen.
Recent Comments