Dalam Himpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang disertai kira-kira 3,000 orang di sini, hari ini, Tuanku Sultan Johor membuat kenyataan tegas melarang Demonstrasi Jalanan Bersih sambil membidas Mahathir kerana mahu menyertai Bersih dan pernah melucutkan sebahagian kuasa YDP Agong ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

AKHIR-AKHIR INI, SAYA LIHAT TELAH WUJUD SATU BUDAYA YANG TIDAK SIHAT DI NEGARA KITA, IAITU BUDAYA DEMONSTRASI JALANAN. TINDAKAN RAKYAT YANG BERKUMPUL DI TEMPAT AWAM, SAMBIL MEMBAWA SEPANDUK DAN MELAKUKAN AKSI YANG MENGHINA PEMIMPIN ATAU INDIVIDU, ADALAH TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN HANYA MENIMBULKAN KEBENCIAN DAN PERPECAHAN MASYARAKAT.

YANG PELIKNYA, SEORANG BEKAS PEMIMPIN NEGARA  YANG TERKENAL DI DUNIA  PUN SAMA-SAMA MENYERTAI DEMONSTRASI JALANAN. INI BUKAN TABIAT ORANG KITA.  SAYA JUGA TIDAK FAHAM  MENGAPA ORANG KITA TERIKUT-IKUT DENGAN CARA ORANG LUAR  YANG MENGHASUT  UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN.

INGIN SAYA TEGASKAN, DI NEGERI JOHOR, SAYA TIDAK AKAN BENARKAN MANA-MANA PIHAK MENGANJURKAN DEMONSTRASI JALANAN. KERANA IA AKAN MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM DAN MEMBERIKAN IMEJ YANG TIDAK BAIK.

OLEH ITU, SAYA INGATKAN  KEPADA SEMUA N.G.O. DI JOHOR DAN SEMUA BANGSA JOHOR SUPAYA JANGAN IKUT BUDAYA YANG SESAT INI.

NAMUN BEGITU, SAYA BERASA AMAT KECEWA APABILA ADA PEMIMPIN YANG TELAH DIBERIKAN KUASA, MENJADI SEMAKIN TAMAK DAN INGINKAN KUASA YANG LEBIH BESAR  SEHINGGA SANGGUP MENGHAPUSKAN HAK ORANG YANG MEMBERINYA KUASA DAHULU.

INILAH DIKATAKAN SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT, PEMIMPIN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI TELAH MEMBUAT BEBERAPA PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. TERUTAMANYA PADA TAHUN 1994 YANG TELAH MENJADIKAN YANG DIPERTUAN AGONG  SEBAGAI BONEKA YANG MESTI MENGIKUT TELUNJUK MEREKA.

TINDAKAN MENGHAPUSKAN HAK YANG DIPERTUAN AGONG  ADALAH SAMA SEPERTI MENGHAPUSKAN HAK  RAJA-RAJA MELAYU YANG LAIN. SAUDARA-SAUDARI BOLEH SEMAK SENDIRI PINDAAN YANG TELAH DIBUAT  IAITU PADA PERKARA 40(1A). SIAPAKAH PERDANA MENTERI PADA KETIKA ITU?
JOHOR BAHRU, 3 Nov -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima cenderahati daripada Majlis Penyelia Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Negeri Johor yang diwakili presidennya, Zaini Atan (tiga, kiri) pada Program Himpunan Bangsa Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang hari ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHRU, 3 Nov — Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima cenderahati daripada Majlis Penyelia Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Negeri Johor yang diwakili presidennya, Zaini Atan (tiga, kiri) pada Program Himpunan Bangsa Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang hari ini.
–fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Advertisements