Inilah terbaik. Hapuskan sekolah SRJK. Hanya ada Sekolah Kebangsaan (SK).

Berikut adalah petikan ucapan DYMM Tuanku Sultan Johor di Himpunan Bangsa Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang pada 3hb November 2016.

SAYA JUGA HAIRAN MACAM MANA MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK BOLEH BERBAHASA MELAYU. JIKA RAKYAT TIDAK BOLEH BERKOMUNIKASI DAN MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN, BAGAIMANA HENDAK HIDUP BERSAMA ?

OLEH ITU SUKA SAYA TEGASKAN DI SINI SUPAYA KERAJAAN MENAMBAH-BAIK SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DENGAN MENJADIKAN SEKOLAH RENDAH HANYA SATU ALIRAN.

BAHASA KEBANGSAAN DIGUNAKAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR, BAHASA INGGERIS SEBAGAI MATA PELAJARAN WAJIB,  BAHASA MANDARIN DAN TAMIL PULA DIJADIKAN MATA PELAJARAN TAMBAHAN. PERUBAHAN INI HARUS DIBUAT DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH, KERANA KANAK-KANAK YANG BERUMUR DI BAWAH 12 TAHUN, MUDAH UNTUK DIBENTUK. IBARAT KATA PEPATAH “MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG”.
sultanjohor-himpunan3nov2016