You are currently browsing the daily archive for 5 November, 2016.
Aduih. Takkanlah nak tanya saya. Saya bukan suaminya. Saya tidak pernah berjumpa pun dengan dia. Saya tahulah Rosmah tu Isteri PM kita. Tapi takkanlah Rosmah tidak pakai tudung menjadi soalan dalam sesi membicara cadangan pindaan Akta 355.
Saya suka dengan jawapan Ustaz Kazim apabila soalan sebegini dihadapi beliau – Ustaz Kazim Tegur Rosmah Untuk Pakai Tudung
Tetapi oleh kerana saya belum pernah bersua muka dengan beliau, maka begini hasrat saya jika saya ada peluang untuk bertemu dan sempat untuk bercakap.
[boleh saya panggil dengan panggilan Kak Ros? 🙂 ]
Kak Ros,
Orang selalu bertanya saya pasal Kak Ros tak pakai tutup kepala. Oleh kerana sekarang ini saya baru pertama kali dapat berjumpa dengan Kak Ros, maka barulah boleh saya tegur.
Pertamanya, saya yakin Kak Ros tahu dan faham bahawa menutup aurat itu wajib. Dan menutup kepala/rambut itu adalah suatu kewajipan dan Kak Ros tidak tolaknya. Mungkin Kak Ros belum bersedia. Tapi, jika Kak Ros tutup kepala maka Kak Ros dapat menunaikan suatu kewajipan yang penting dan insha Allah, Allah redha.
Kedua, apabila Kak Ros pakai tudung, orang-orang yang duduk nak persalah suami Kak Ros pasal tak pakai tudung dah tak ada modal. Eloklah Kak Ros pakai tudung.
Itulah yang saya hendak cakap …. kalau ada peluang.
Anda yang duduk kutuk sahaja, apa yang anda telah lakukan? Untuk kebaikan diri, untuk kebaikan keluarga? Sudahkah anda tegur semuanya sekalian ahli keluarga anda? Itu yang lebih utama.
***********
Itulah masalah sesetengah yang bertanya … mujur kadang-kadang ada peserta lain yang bersedia untuk tolong jawab – Tangguh Solat Kerana Tidak Ada Sejadah.
Terbitlah suatu lontaran teguran oleh seorang pemuda dalam satu sesi soal jawab bahawa oleh kerana beliau baru tamat pengajian ijazah dan baru mendapat gaji pertamanya sebagai pegawai kerajaan maka perkara pertama yang dibelinya ialah sejadah.
Ini kerana selagi beliau tidak mempunyai sejadah beliau tidak solat selama ini kerana prioritinya ialah untuk mendapat cukup duit dahulu baru boleh beli sejadah dan baru boleh hendak tunaikan kewajipan solatnya.
Sebenarnya beliau membuat komen. Berdiri di mikrofon yang disediakan untuk sesi soal jawab, beliau tidak menyoal. Sebaliknya beliau menyindir peserta sebelumnya yang bertanya kami di atas pentas, kenapa perlu sibuk-sibuk hendak pinda Akta 355 sedangkan terlalu banyak masalah lain yang belum selesai. Isu rasuahnya. 1MDB, 2.6b, cincin Rosmah.
Beliau cuba menyindir rakan sepejabatnya yang meletakkan keutamaan untuk selesaikan masalah-masalah yang disebut dahulu barulah boleh kita lakukan pindaan kepada Akta 355. Tidak penting didahulukan.
Beliau memberi andaian jika digunakan analogi yang sama, maka sebagai orang yang baru bergelar graduan, maka tugas utamanya ialah mencari cukup dana untuk menyara hidupnya, dan menangguhkan dahulu solat-solatnya kerana beliau perlu utamakan masalah kehidupan – mencari WANG. Baru selepas mendapat gaji pertama, dia akan beli sejadahnya dan barulah boleh mula solat.
Sindirin beliau mendapat tepukan dari kalangan peserta lain. Kami ahli panel tidak perlu menjawab.
Recent Comments