rosmah-tudungAduih. Takkanlah nak tanya saya. Saya bukan suaminya. Saya tidak pernah berjumpa pun dengan dia. Saya tahulah Rosmah tu Isteri PM kita. Tapi takkanlah Rosmah tidak pakai tudung menjadi soalan dalam sesi membicara cadangan pindaan Akta 355.

Saya suka dengan jawapan Ustaz Kazim apabila soalan sebegini dihadapi beliau – Ustaz Kazim Tegur Rosmah Untuk Pakai Tudung

Tetapi oleh kerana saya belum pernah bersua muka dengan beliau, maka begini hasrat saya jika saya ada peluang untuk bertemu dan sempat untuk bercakap.

[boleh saya panggil dengan panggilan Kak Ros? 🙂 ]

Kak Ros,

Orang selalu bertanya saya pasal Kak Ros tak pakai tutup kepala. Oleh kerana sekarang ini saya baru pertama kali dapat berjumpa dengan Kak Ros, maka barulah boleh saya tegur.

Pertamanya, saya yakin Kak Ros tahu dan faham bahawa menutup aurat itu wajib. Dan menutup kepala/rambut itu adalah suatu kewajipan dan Kak Ros tidak tolaknya. Mungkin Kak Ros belum bersedia. Tapi, jika Kak Ros tutup kepala maka Kak Ros dapat menunaikan suatu kewajipan yang penting dan insha Allah, Allah redha.

Kedua, apabila Kak Ros pakai tudung, orang-orang yang duduk nak persalah suami Kak Ros pasal tak pakai tudung dah tak ada modal. Eloklah Kak Ros pakai tudung.

Itulah yang saya hendak cakap …. kalau ada peluang.

Anda yang duduk kutuk sahaja, apa yang anda telah lakukan? Untuk kebaikan diri, untuk kebaikan keluarga? Sudahkah anda tegur semuanya sekalian ahli keluarga anda? Itu yang lebih utama.

***********

Itulah masalah sesetengah yang bertanya … mujur kadang-kadang ada peserta lain yang bersedia untuk tolong jawab – Tangguh Solat Kerana Tidak Ada Sejadah.