You are currently browsing the daily archive for 15 November, 2016.
Musuh dalam keadaan apa pun adalah musuh dan MESTI kita waspadai. Sebab itu sudah diberi peringatan oleh Allah S.W.T.:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi bithonah (orang dalam yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi …
(Al Quran, Surah ‘ali Imran: ayat 118)
15 tahun lalu, umat Islam di Tanah Air berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menubuhkan apa yang disebut sebagai Interfaith Council (IFC). IFC yang kononnya diasaskan untuk mendapat kesefahaman antara agama (interfaith) namun bertindak membuat tuntutan melampau terhadap Islam dan umat Islam dan IFC jelas banyak mencampuri hal ehwal Islam daripada membugarkan kesefahaman antara agama.
IFC membuat tuntutan melarang ibu-bapa Islam menetapkan agama Islam untuk anak-anak mereka yang baharu dilahirkan. Mereka mahu sijil lahir dan Kad Pengenalan orang Islam tidak dicatitkan agama Islam. Kesemua 14 tuntutan IFC adalah berkaitan dengan agama Islam dan perihal orang Islam. [baca senarai tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC di sini: Tuntutan dan Ancaman Berterusan IFC]
Tidak ada langsung dari tuntutan melampau IFC mempunyai kaitan dengan hubungan antara agama-agama tetapi adalah tuntutan ke atas umat Islam dan agama Islam sahaja. Malah tuntutan mereka banyak yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
IFC dilihat seolah-olah sudah tidak lagi wujud. Namun, jika kita perhatikan perkembangan yang berlaku, tuntutan-tuntutan mereka diteruskan dalam bentuk lain dan dibawa oleh pertubuhan lain pula. Sebagai contoh, COMANGO, sebuah gabungan NGO yang membuat pelbagai tuntutan hak asasi manusia (HAM) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), membuat pelbagai tuntutan yang tidak munasabah dalam laporan-laporan UPR mereka ke PBB [baca: Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?]
Antara tuntutan COMANGO ialah supaya kerajaan Malaysia menandatangani International Covenant of Civil and Political Rights (ICCPR) di mana Perkara 18 ICCPR menuntut supaya diberi hak kebebasan beragama. Jika kerajaan menerima ICCPR maka ianya bakal mengundang gejala murtad yang berleluasa.
Begitu juga dengan Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) – Menteri Joseph Kurup sendiri menyebut bahawa ”It (IFC) was formed…Only the name was changed” – baca: Musuh Islam Sentiasa Mempunyai Rencana Jahat … Jangan Kita Lalai
Yang memilukan apabila direnungi, kalau dahulu NGO-NGO Islam sepakat menolak tuntutan IFC ini, kini sudah mulai ada sesetengah NGO yang berlabelkan Islam (yang dahulu pernah peka dalam isu-isu kebersamaan NGO Islam dan umat Islam kini dilihat bersekongkol dengan pelbagai wadah yang mesra dengan tuntutan jahat musuh Islam.
Kenyataan Menteri Rohani Karim sebegini [“hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC)”] turut kita bimbang kerana kes di Sweden.
Bagi mengingatkan kembali tuntutan jahat IFC, disenaraikan di bawah ini:
1.Anak baru lahirkan tidak terus Islam
2.Bebas balik murtad selepas masuk Islam
3.Kes murtad dikendalikan oleh mahkamah sivil
4.Tidak perlu catat Islam dalam kad pengenalan
5.Tidak perlu masuk Islam untuk kahwin orang Islam
6.Hilang hak jagaan anak bila masuk Islam
7.Orang-orang yang bukan Islam boleh tuntut hak pusaka
8.Dana kerajaan untuk rumah ibadat orang bukan Islam
9.Orang bukan Islam boleh guna perkataan suci Islam
10.Edaran terbuka untuk Bibel Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia
11.Pelajaran agama bukan Islam diajar di semua sekolah
12.Program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan
13.Bayar zakat tidak dikecualikan membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam
14.Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia
Recent Comments