You are currently browsing the daily archive for 20 November, 2016.
KERANA terlalu obses untuk mendapatkan visa perlindungan yang kononnya memudahkan mereka mendapat status penduduk tetap (PR), seorang pemuda Islam mengisytiharkan dirinya telah memeluk Kristian sebagai alasan memohon visa berkenaan dalam borang permohonan.
Dia memberikan alasan telah menerima ugutan bunuh daripada ahli keluarga sendiri selain undang-undang Malaysia tidak membenarkan seorang Islam murtad. Permohonan pemuda berasal dari Sabah itu diluluskan oleh Jabatan Imigresen Australia.
“Saya boleh sebut nama, asal dari daerah mana, keturunan apa dan apa kecenderungan seksual pemuda ini,” kata sumber penulis.
Selain itu, para pekerja ladang beragama Islam juga terdedah dengan penyebaran agama Kristian secara terancang. Rumah ladang yang didiami penulis menerima kunjungan dua mubaligh Kristian yang menyerahkan sebuah buku berkenaan agama itu dalam bahasa Malaysia selain menunjukkan klip video menggunakan telefon pintar mengenai penciptaan bumi daripada perspektif Kristian.
Suara latar dalam klip video berkenaan turut menggunakan bahasa Malaysia.
Sumber: Mingguan Malaysia – https://www.utusan.com.my/berita/nasional/isytihar-masuk-kristian-untuk-visa-perlindungan-1.409547
Recent Comments