Ada yang menyebut bahawa Ananda Krishnan tiba-tiba untung RM600 juta hanya dalam beberapa bulan selepas Petronas terpaksa beli syarikat beliau, Seri Kuda Sdn. Bhd. Itu pun hanya 51% saham syarikat tersebut.

Tapak tanah yang diguna oleh Selangor Turf Club (Kelab Lumba Kuda Selangor) di sebelah selatan Jalan Ampang telah dikosongkan semata-mata untuk mengkaya sebuah syarikat yang sangat baharu didaftarkan atas nama Seri Kuda Sdn. Bhd.

tanah-lumba-kuda-ampang

Syarikat Seri Kuda ini adalah milik penuh sebuah syarikat Usaha Tegas Sdn. Bhd. yang dimiliki 99.999% oleh sebuah syarikat LUAR NEGARA Pacific States Investment Limited juga baru didaftarkan pada 21hb Okt 1987 di Jersey – Channel Islands.

Ya, anda mungkin tertanya di mana Jersey ini. Bukan New Jersey di Amerika Syarikat.  Memang menghairankan. Anda carilah di mana terletaknya tempat syarikat ini didaftarkan. Kemudian anda tanyalah pula kenapa daftar di tempat yang pelik sebegini.

usahategas-first-states-investmentSetelah tanah seluas kurang 97 ekar ekar itu dikosongkan oleh Kelab Lumba Kuda Selangor, Seri Kuda Sdn. Bhd. membelinya dari kerajaan dengan harga RM110 juta. Selepas hanya menukarkan status dari tanah pertanian kepada status perniagaan, Petronas diarah untuk membeli 51% dari saham Seri Kuda dengan harga RM600 juta. Pemegang saham Seri Kuda, Usaha Tegas mendapat keuntungan berlipat kali ganda bagi pelaburan tanah kerajaan dalam masa beberapa bulan sahaja.

Ini bermakna, dari RM26 satu kaki persegi yang dibeli oleh Seri Kuda, apabila Petronas dipaksa beli, ianya menjadi RM214 satu kaki persegi – hanya dalam sekelip mata. Kemudian, Petronas membeli lagi saham Seri Kuda dan dengan harga yang berlipat ganda lagi, sekitar RM1.2 billion.

Pelaburan RM110 juta campur kos tukar status tanah – untung lebih RM1.6 BILLION! Dalam masa yang singkat sahaja.

Begitulah duit Petronas dihabiskan dalam sekelip mata sahaja. Usaha Tegas Sdn. Bhd. BUKAN MLIK kerajaan. Tetapi mendapat tanah kerajaan yang bernilai tinggi dengan harga yang teramat murah. Kenapa Petronas tidak diberi terus secara langsung tanah tersebut? Kenapa perlu “laundering” dahulu melalui sebuah syarikat milik luar negara?