You are currently browsing the daily archive for 24 November, 2016.

laporan-polis-lge-24nov2016Di atas kapasiti sebagai Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), saya telah membuat laporan polis pagi tadi terhadap kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng semalam (23 Nov 2016) di dalam blog beliau bertajuk “MCA, MIC, Gerakan And SUPP Should Withdraw From BN Following BN’s Endorsement Of Hudud-Like Laws“.

Guan Eng memberi gambaran salah terhadap cadangan pindaan Akta 355 yang dibawa oleh TG Ustaz Hadi di Parlimen hari ini. LGE juga dengan kenyataan-kenyataan yang tidak betul itu juga cuba mengelirukan orang ramai serta menghasut dan menakut-nakutkan supaya orang (terutama yang bukan Islam) untuk menolak cadangan pindaan tersebut.

Dari kenyataan-kenyataan yang dibuat Guan Eng, ia merupakan kecenderungan:

  1. “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Hasutan 1948.
  2. “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Hasutan 1948.
  3. “bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Seksyen 3 (1) (d) Akta Hasutan 1948.

Kenyataan Guan Eng ini jelas satu penentangan terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah ketika menyampaikan ucapan pembukaan Parlimen ke-13 pada 7 Mac 2016 bahawa “Beta harap usaha akan dilaksanakan untuk mengukuhkan institusi agama dan untuk menambahbaik pentadbiran undang-undang Islam dengan memperkasa mahkamah syariah”. Dan ini adalah suatu perbuatan yang terangan menghasut dan merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Guan Eng menuduh cadangan pindaan yang dibuat oleh TG Ustaz Hadi sebagai “Hudud-like” sedang, dalam cadangan pindaan ini tidak termasuk hukuman potong tangan untuk pencuri yang mana kesalahan adalah di bawah Akta 574, bukan Akta 355. Beliau turut menuduh bahawa pindaan ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. (“DAP opposes the hudud-like laws because it is contrary to the Federal Constitution“) Malah Guan Eng beberapa kali mengulangi perkara seperti ini di dalam kiriman blognya tersebut.

Usaha sengaja mengelirukan orang ramai ini ialah suatu cubaan untuk menghasut orang ramai kerana Akta 355 ini adalah suatu Akta yang sedia ada yang usul yang ingin dibawa ialah suatu pindaan kepada yang sedia ada. Mana mungkin Akta yang sedia ada itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah Akta ini telah pun dua kali dipinda sebelum ini.

Guang Eng juga cuba menakut-nakut masyarakat bukan Islam dengan mengaitkan cadangan pindaan ini kepada masyarakat bukan Islam. Mustahil untuk Akta yang semata-mata untuk memperkasakan Mahkamah Syariah ada kaitan langsung dengan orang-orang bukan Islam.

Di dalam Seksyen 2 Akta 355 dengan jelas menyebut bahawa “Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam”. Mana mungkin orang-orang bukan Islam boleh dibicara di Mahkamah Syariah. Malah terbukti bahawa belum pernah ada mana-mana orang bukan Islam yang dituduh dengan salah di mana-mana Mahkamah Syariah di bawah Akta 355.

Dan Seksyen tersebut turut memperkuatkan fakta bahawa Akta ini adalah berperlembagaan kerana punca kuasa dengan menyebut bahawa “Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa …” Bermakna, hanya kesalahan-kesalahan yang telah termaktub dalam Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sahaja. JELAS. Telah disebut dalam Perlembagaan Persekutuan tentang senarai kesalahan yang di bawah Akta 355.

Adalah sangat wajar untuk pihak polis membuat siasatan terhadap Lim Guan Eng di atas kenyataannya yang menghasut tersebut.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

November 2016
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 260 other followers

Tauhid