Pada 28 September 2015, di dalam kes ZI Publication Sdn. Bhd. lawan Kerajaan Negeri Selangor, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan tidak menjamin kebebasan bersuara untuk meluahkan pandangan secara mutlak.

Seminggu kemudian, pada 6 Oktober 2015, dalam kes Dr Azmi Sharom yang mencabar Akta Hasutan, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Akta Hasutan adalah sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.

pp-perkara-10-kebebasan-tertaklukKebebasan bersuara yang selalu dilaungkan oleh puak Liberal lazimnya mengaitkan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan:

Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan

10. (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) –

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Saya yakin para pembaca dengan sekali baca, akan faham dengan jelas bahawa Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara tetapi “Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)

Bermakna kebebasan tersebut ada hadnya. Apakah hadnya? Kita lihat “Fasal (2), (3) dan (4)”:

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan

(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

akta-hasutan-mahkamah-rayuan-vs-persekutuanMAKA, jelas bahawa kebebasan bersuara TIDAK MUTLAK.

Berdasarkan dua kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut dan dengan paparan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan di atas, ianya menjadi suatu persoalan kenapa Mahkamah Rayuan hari ini, dalam kes ADUN Sri Muda PKR Mat Shuhaimi Shafiei, membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah peringkat yang lebih tinggi?