You are currently browsing the monthly archive for December 2016.
SAH kebanyakan kita tidak ikut perintah Allah apabila kita mendapat sesuatu berita. Ramai yang terus tular* tanpa “selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya“. SAH kebanyakan kita tidak ikut apa yang Allah telah tuntut kepada kita sebagai orang-orang yang beriman seperti di dalam ayat Al Quran Al-Hujarat ayat 6.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)
Contoh terbaru, mesej tentang uniknya tahun 2017 kerana kononnya angka tarikh dan angka bulan yang sama (1hb Jan, 2hb Feb, 3hb Mac dan seterusnya) jatuh pada hari Isnin.
Berikut adalah contoh mesej yang ditularkan:
Subhanallah
Tahun 2017, adalah tahun yg unik :
1-1-2017 hari senin
2-2-2017 hari senin
3-3-2017 hari senin
4-4-2017 hari senin
5-5-2017 hari senin
6-6-2017 hari senin
7-7-2017 hari senin
8-8-2017 hari senin
9-9-2017 hari senin
10-10-2017 hari senin
11-11-2017 hari senin
12-12-2017 hari senin
Bulan Februari 2017 juga mengalami keunikan yg tidak terjadi selama 823 tahun, dimana :
Hari Ahad berulang 4 kali
Senin 4 kali
Selasa 4 kali
Rabu 4 kali
Kamis 4 kali
Jumat 4 kali
Sabtu 4 kali
Subhanallah
Fenomena yg unik, jangan ragu utk menyebarkannya.
Berapa ramai dari kita yang seronok terima dan terus tularkan kepada rakan-rakan lain atau dalam beberapa kumpulan WhatsApp lain?
MALAH – tidak ada satupun tarikh yang dikatakan pada hari “senin” itu jatuh pada hari Isnin. Tidak ada satu pun!
Berapa ramai yang duduk fikirkan sebentar logiknya untuk berlaku? Berapa ramai pula yang benar-benar fikir untuk siasat (tabayyun) sesuai dengan ayat Al Quran yang disebut di atas?
Berapa ramai dari kita berebut untuk menjadi JUARA TULAR MESEJ PALSU?
Mungkin disebabkan “ayat power” di hujung mesej membuat kita tidak berfikir panjang … “Fenomena yg unik, jangan ragu utk menyebarkannya.”
Sebenarnya ayat-ayat seperti itulah di antara ciri-ciri mesej palsu yang perlu kita awasi!
[… semacam ayat-ayat yang kita biasa dengar “… tugas kita mengHASUT … kita hasut rakyat tiap-tiap hari …” (diungkap oleh Rafizi Ramli pada 13 Mac 2016) … janganlah sampai kita menjadi juara menghasut! 🙂 ]
*
“TULAR” – bagi yang belum biasa dengan istilah ini – agar dibiasakan untuk mengganti istilah “viral” – BACA – Tular Swafoto Di Gegantung Jerayawara Suri Teladan Muda
BACA JUGA: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?
KEDAULATAN mahkamah syariah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan.
Secara terperinci prinsip utama bidang kuasa mahkamah syariah yang termaktub dalam butiran berkenaan adalah seperti berikut: Pertama, hanya terhad kepada orang Islam. Oleh itu, bukan Muslim tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut-nakutkan mereka.
Kedua, terhad kepada perkara yang terkandung dalam Butiran 1 dan tidak termasuk perkara-perkara lain dalam senarai Persekutuan dan senarai negeri.
Butiran 1 menetapkan bidang kuasa mahkamah syariah hanya kepada perkara berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya.
Manakala dalam hal kesalahan jenayah syariah pula bidang kuasanya terbatas kepada: “…offences by persons professing the religion of Islam against precepts of that religion, except in regard to matters included in the Federal List.”
Justeru, Perlembagaan Persekutuan sendiri yang menghalang mahkamah syariah membicarakan atau menghukum kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan serta undang-undang lain di bawah senarai Persekutuan.
Oleh itu, kesalahan seperti mencuri, merogol, rasuah, pecah amanah, merompak dan ragut tidak termasuk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
Ketiga, tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 iaitu penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Hukuman maksimum itu telah berkuat kuasa selama 32 tahun sejak 1984, sedangkan kebanyakan hukuman lain di mahkamah sivil di bawah Kanun Keseksaan dalam kesalahan jenayah, telah ditingkatkan berulang kali.
Justeru, langkah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) di Dewan Rakyat pada 24 November lalu tidak boleh disifatkan sebagai unconstitutional (tidak mengikut Perlembagaan).
Kesimpulannya, langkah meminda akta sedia ada akan memberikan autonomi lebih luas kepada negeri untuk membendung gejala maksiat dan salah laku syariah.
Jika pindaan RUU 355 diluluskan Parlimen, perkara itu tidak akan meningkatkan kadar hukuman secara automatik sebaliknya Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam enakmen-enakmen syariah yang sedang berkuat kuasa di negeri itu terlebih dahulu.
Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat DUN. Selain daripada kesalahan dalam enakmen jenayah syariah, perkara lain yang berkaitan kekeluargaan seperti kahwin lari, poligami tanpa kebenaran, tidak bayar nafkah, melarikan anak dara daripada jagaan dan sebagainya masih tidak berubah.
RUU 355 ini tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud. Pilihan untuk menaikkan hukuman kepada kadar yang lebih tinggi adalah terpulang kepada negeri-negeri untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang.
Pindaan itu adalah bertujuan meningkatkan hukuman bagi memperkasakan mahkamah syariah untuk mengawal moral umat Islam yang sekarang berhadapan dengan gejala sosial amat serius.
Jika hukuman terhadap kesalahan persetubuhan luar tabii dengan haiwan dalam Seksyen 377, Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan maka hukuman mahkamah syariah untuk kesalahan terhadap manusia adalah terlalu ringan.
Adakah kita ingin biarkan undang-undang sedia ada melindungi kehormatan binatang lebih daripada kehormatan manusia? Haruskah hukuman menyetubuhi haiwan lebih tinggi dan menggerunkan berbanding meliwat manusia?
Berkenaan dengan isu kesamarataan seperti yang disebutkan dalam Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan. Perkara itu hanya merujuk kepada kategori sama. Islam dan bukan Islam bukan kategori yang sama.
Pindaan itu telah dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak hampir 10 tahun lalu. Namun, kerana kekangan birokrasi menjadi faktor kelambatan, maka lebih mudah dibentangkan secara persendirian.
DATUK PROF. MAHAMAD NASER DISA
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)
Kalau wirid berjemaah selepas solat dipersoal mana hadithnya.
Kalau tahlil arwah dipersoal mana hadithnya.
Kalau ziarah kubur dikatakan kurafat.
Apabila Maulid, dihinanya kita yang berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Apabila tiba musim Krismas mereka pula yang beria mengharuskan ucapan “Merry Christmas”.
ish … sungguh aneh!
Ubah suai agama Kristian untuk orang Melayu, itulah pengertian mudah bagi memahami strategi yang dilakukan oleh pelampau evangelis Kristian hari ini. Itulah tipu helah licik untuk menarik serta memudahkan orang Islam Melayu murtad masuk Kristian. Inilah strategi KONTEKSTUALISASI (contextualization). [Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian]
Strategi kontekstualisasi ini akan “… menggunakan istilah-istilah dan cara/adat budaya dari masyarakat Islam itu sendiri …” (Muslim-focused church-planting strategy … uses the terms and forms from their Muslim community, not something from other religious communities). Mereka akan cuba memberi gambaran supaya agama Kristian ini tidak asing bagi masyarakat setempat.
Malah kontekstualisasi diperakui sebagai satu komponen penting dalam penyebaran agama Kristian yang efektif (Contextualization is an important component of effective Gospel ministry).
Tonton rakaman perbincangan tentang kontekstualisasi – [Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV]
Ada juga sesetengah dari pada pelampau evangelis Kristian yang mengatakan bahawa kontekstualisasi adalah suatu alat manipulasi untuk menarik orang murtad masuk Kristian (contextualization is deceptive manipulation to get converts).
Evangelis Kristian sanggup membiarkan orang Islam yang dimurtadkan itu seolah kekal sebagai bagaikan seorang Islam cuma cukup dengan mengaku bahawa Jesus Christ itu sebagai tuhan (Instead of … making Muslims into Christians, we need to encourage and enable believers to continue their identification with their community as “Muslims,” but express their allegiance to Christ in Islamic terms and forms).
Bagi mereka, pentingnya kontekstualisasi ini sehingga jika tidak melakukan kontekstualisasi dalam terjemahan Bible akan mengakibatkan ianya menjadi sukar untuk difahami seolah meletakkan racun pula di dalam Bible yang diterjemahkan itu. (At every point we fail to fully contextualize translation of the Bible, we inject it with poison that renders it less appealing and weakens its power to penetrate Islamic society)
Maka ini akan menjadi penghalang untuk orang Islam murtad masuk Kristian (this puts unnecessary barriers in the way of Muslims coming to Christ).
Sebab itu mereka akan seberapa boleh menggunakan istilah-istilah yang lazim kita anggap sebagai istilah “Islamik” untuk memudahkan tipu helah ajaran sesat mereka. Ini kerana jika mereka kekal menggunakan istilah-istilah yang berkaitan dengan agama Kristian tanpa dikontekstualisasikan ianya akan menjadi penghalang psikolgi dan emosi untuk orang Islam terima kesesatan Kristian. (Islamic language is needed for clear communication. Many Christian words are unknown or unclear to the Muslim and use of Christian language can raise psychological and emotional barriers against the message)
Itulah tajuk yang saya pilih di atas “Ubah Suai Agama Kristian Untuk Orang Melayu“, bahawa mereka ubah suaikan agama mereka supaya mudah untuk orang Melayu terima kesesatan mereka. Itulah di antara sebab mereka bersungguh mahu salah gunakan nama suci Allah. [baca: Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?]
Malah, untuk orang-orang Hindu, mereak ada strategi lain khusus untuk orang Hindu. Untuk orang Hindu, pelampau evangelis Kristian akan tukar nama tuhan mereka kepada Iswar/Iswara pulak! [baca: Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar dan ini Nama Tuhan Kristian Ialah ISWAR? Bukan Jesus dan Bukan Allah?]
baca ancaman ini … Malaysia Bakal Mempunyai Hubungan Diplomatik Dengan Israel
*******************
Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Nama Tuhan Kristian Ialah ISWAR? Bukan Jesus dan Bukan Allah?
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Memahami Gerakan Pelampau Evangelis Kristian Dari Penulisan Mereka Sendiri
- Strategi licik murtadkan Melayu
- Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!
- Malaysia Bakal Mempunyai Hubungan Diplomatik Dengan Israel
- Dua Menara Berkembar Malaysia Mahu DiRUNTUHkan Oleh Pelampau Evangelis Kristian
Sumpah janji (baiah) mereka:
“… fully restored and reconciled with the State of Israel … have political and economic ties with the State of Israel … establishment of the Israel Embassy …”
“… memulih sepenuhnya kedamaian dengan Israel … mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Israel … menubuh kedutaan Israel (di Tanah Melayu ini) …”
Itulah yang pernah didedahkan oleh Ustaz Muhammad Abdullah (Ustaz Amin) pada 6hb Disember 2012 di blognya Universiti Kehidupan 233 – “Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem,” genap empat tahun lalu. Bahawa orang-orang Kristian dari Malaysia pergi ke Jerusalem bersumpah dan berjanji untuk menukar Tanah Melayu ini menjadi sebuah Negara Pelangi (Rainbow Nation) yang akan menjadi pusat menyebar agama Kristian.
“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in sending missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T, golongan yang mendokong gerakan pelampau Kristian untuk menukar Malaysia menjadi negara mubaligh Kristian dan mengadakan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan ISRAEL ini tidak berjaya dalam PRU13 yang lalu. Alhamdulillah Tanah Air kita selamat dari ancaman besar pelampau evangelis Kristian pada PRU yang lepas.
Mereka yang telah bersumpah dan berjanji sebelum PRU 13, bahawa selepas PRU13 mereka akan tukar lanskap Tanah Melayu ini “… Kami bersumpah dan berjanji (baiah) bahawa Pilihanraya yang akan datang … ” (We decree and declare that the coming general election …).
Maka, AWAS, jangan mudah kita terpesona dan terikut dengan perancangan licik evangelis Kristian yang telah menyelinap masuk dalam banyak pelbagai wadah parti politik. Mereka ini bergerak dalam pelbagai parti namun semua ini bertonggak dalam parti DAP.
Baca lagi …
*******************
Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Nama Tuhan Kristian Ialah ISWAR? Bukan Jesus dan Bukan Allah?
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Memahami Gerakan Pelampau Evangelis Kristian Dari Penulisan Mereka Sendiri
- Strategi licik murtadkan Melayu
- Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!
Islam di Malaysia ini akan dirobekkan atas nama Jesus Christ. Tuhan Kristian telah memilih Malaysia dan tidak Singapura untuk suatu tindakan ganas ketenteraan. Ini adalah suatu yang amat mendesak ke atas Malaysia.
Apabila Tuhan Kristian bertindak ke atas Malaysia … undang-undang yang sedia ada bakal diubah. Inilah suatu yang besar untuk Malaysia yang Tuhan Kristian akan lakukan. Suatu serangan spiritual.
Di tengah-tengah strategi ini, Singapura akan memainkan peranan penting. Suatu “pakatan suci” (holy alliance) di antara Filipina, Thailand dan Malaysia.
Suatu gerakan akan berlaku ke atas Malaysia – sesuatu yang akan berlaku di dalam Malaysia berkenaan dengan menara berkembar, yakni agama Buddha dan Islam. Kedua-dua agama ini bakal diruntuhkan untuk Jesus Christ.
Kedua-dua agama Buddha dan Islam ini dianggap sebagai penghalang kepada orang-orang di Malaysia ini untuk menganut agama Kristian. Itulah ringkasan dari ramalan (prophecy) yang dibuat oleh pelampau evangelis James Goll ke atas Malaysia pada tahun 2009. Saban hari, paderi-paderi pelampau evangelis Kristian semakin berani membangkitkan kebencian dan sikap ganas radikal mereka. Mereka secara terangan dalam ucapan dan ceramah mereka di gereja membangkitkan semangat kebencian yang boleh mengganggu keharmonian Tanah Air ini.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka ini. Perlu dipantau pergerakan pelampau evangelis Kristian yang bebas masuk-keluar negara kita menyalahguna visa pelawat untuk menghasut serta membakar api kebencian antara agama di Tanah Air ini. Kedatangan James Goll dan ramai lagi paderi import dari luar negara ini kerap membakar sikap radikal di kalangan penganut Kristian.
[di antara bukti pelampau evangelis Kristian masuk-keluar Malaysia membakar sikap radikal sambil menyalahguna visa pelawat – Evangelis Kristian Keluar Masuk Malaysia]
Terjemahan di atas adalah petikan asal dari James Goll 3hb Mac 2009 dalam Bahasa Inggeris:
“…the Islamic veil is going to be torn in two in the Name of the Lord Jesus Christ …. Even though the Lord could choose a nation that could appear to be less volatile like Singapore, the Lord is going to put His finger down for a militant reason in Malaysia. There is a fertile field called desperation that is in Malaysia …
“And so I just call forth that the hand of the Lord will come down upon Malaysia … Laws are going to change in this land. The Lord has … a great surprise for Malaysia … A spiritual invasion….
“… Singapore has the strategic place in the middle of it all … Singapore will be …. an apostolic strategizing center for the purpose of bringing breakthrough. There will be a HOLY ALLIANCE … between the Philippines, Thailand, and Malaysia.
*******************
Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Nama Tuhan Kristian Ialah ISWAR? Bukan Jesus dan Bukan Allah?
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Memahami Gerakan Pelampau Evangelis Kristian Dari Penulisan Mereka Sendiri
- Strategi licik murtadkan Melayu
- Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!
Khutbah Jumaat Khas yang dibaca pada 16 Rabiulawwal 1438/16hb Disember 2016.
Jika seluruh rakyat faham Sumpah Jawatan YDP Agong, implikasinya AMAT besar. Ia melibatkan semua – Perdana Menteri, para Menteri, KSU-KSU, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, seluruh pegawai dan kakitangan kerajaan. [baca: Seronok, Bertuah dan Untungnya Kakitangan/Pegawai Kerajaan]
************
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini diberkati di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “YANG DI-PERTUAN AGONG: TONGGAK KEDAULATAN ISLAM”.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Sejarah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu Islam sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi telah menunjukkan penghormatan kepada Raja. Penghormatan ini adalah berasaskan peranan Raja sebagai penaung dan simbol kepada agama Islam. Uniknya, kedudukan institusi Raja di negara ini telah mendapat tempat yang istimewa dalam strata masyarakat kerana menjadi tonggak kepada keadilan dan kestabilan hidup rakyat.
Oleh itu, Raja diumpamakan sebagai ‘pohon’ yang memayungi rakyat dengan cara memimpin, melindungi dan menjaga kebajikan mereka. Manakala rakyat pula disamakan dengan ‘akar’ yang bertanggungjawab menumpahkan taat setia kepada Raja dan tidak sesekali menderhaka selama mana mereka ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah An Nisa ayat 59:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, ta’atlah kamu kepada Allah dan ta’atlah kamu kepada Rasulullah dan juga kepada ‘Ulil Amri’ (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (AlQur’an) dan (Sunnah) RasulNya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Menurut Imam al-Mawardi terdapat beberapa dasar yang wajib dipikul dan dilaksanakan oleh pemimpin mengikut kedudukannya iaitu yang pertama, memelihara agama Islam. Yang kedua, melaksanakan hukum yang adil di antara pihak bertelagah serta menyelesaikan setiap perselisihan yang timbul. Yang ketiga, melindungi kehormatan wanita supaya masyarakat terus hidup aman damai. Dan yang keempat, menjalankan setiap hukum dan perintah yang Allah SWT amanahkan kepada manusia agar hak Allah tidak diabaikan dan dapat pula melindungi hak manusia dari kerosakan dan kemusnahan.
Berpandukan kepada dasar-dasar ini, kita dapati struktur kepimpinan negara kita dalam keadaan stabil dan jauh lebih baik daripada sesetengah negara umat Islam lain yang sentiasa bergolak dan sebahagiannya huru-hara. Faktor utama mengapa keadaan ini terjadi ialah keunikan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggak kepada kekuatan dan perpaduan ummah di negara ini. Raja Berperlembagaan bukan saja menjadi lambang sebuah negara berdaulat, bebas dan merdeka tetapi ia juga lambang perpaduan rakyat berbilang kaum. Firman Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Al Baqarah ayat 251:
Maksudnya: “Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Tholut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan dan hikmah (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakinya dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini, akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia-Nya kepada sekalian alam.”
Oleh yang demikian, dalam Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi yang menjadi Ketua Negara dan Ketua Agama Islam. Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah satu jawatan yang diwarisi turun temurun tetapi ia merupakan urusan pemilihan dan pelantikan yang terletak pada keputusan Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Sempena pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke 15 Sultan Muhammad 5, mimbar yakin bahawa pemilihan baginda sebagai Ketua Negara dan agama dalam memperjuangkan segala dasar tersebut akan diteruskan. Sudah pasti ini merupakan suatu tanggungjawab yang amat besar yang terkandung di dalam lafaz sumpah jawatan baginda – “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” – yang dapat dirungkaikan dalam lima kata kunci iaitu undang-undang, perlembagaan negeri, agama Islam, adil dan aman. Yang pasti, dalam apa juga keadaan, keadilan kepada semua rakyat menjadi keutamaan kerana ia sebahagian daripada sifat ketakwaan. Firman Allah SWT dalam Surah Al Maaidah ayat 8:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
Pengekalan institusi Raja di negara ini adalah satu identiti sebuah kerajaan Melayu Islam di tanah air sebagai warisan bangsa. Institusi ini sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu kembali menghayati serta mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW dalam merealisasikan pemerintahan negara dan mentadbir urusan rakyat. Sebagai seorang Ketua Negara, baginda berjaya menggalas tanggungjawab dengan kemahiran merancang dan mengurus selok belok negara dengan cemerlang. Hakikatnya, baginda telah melakukan satu perkara yang sangat sukar dilakukan iaitu usaha dalam menyatukan hati-hati manusia atas asas akidah dan keimanan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya melalui ikatan tali persaudaraan.
Ikatan persaudaraan sangat penting kerana ia adalah salah satu daripada misi syariat. Bahkan Islam itu sendiri membawa maksud penyatuan dalam kalangan umat manusia terutamanya umat Islam. Dengannya, golongan yang beriman saling mencintai, berkasih-sayang dan bersatu sehingga dapat menikmati kebahagiaan hidup. Firman Allah SWT dalam Surah Al Anfal ayat 1:
Maksudnya: “Mereka berkata kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi Rasul-Nya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan hubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang yang beriman.”
Dalam usaha memperbaiki hubungan ini, Islam menegah umatnya melakukan kezaliman, penghinaan atau merendah-rendahkan orang lain kerana boleh mengakibatkan perpecahan dan keruntuhan. Sebaliknya, kita dituntut untuk mengaplikasikan makna dan solidariti persaudaraan secara ikhlas melalui interaksi sosial dan perilaku kehidupan. Imam Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Daripada Abu Burdah Buraid bin Abu Burdah bahawa Datuknya telah mendengar daripada Abu Musa bahawa Nabi SAW telah bersabda: Orang mukmin bagi orang mukmin lainnya seperti bangunan yang saling menguatkan satu sama lain, lalu baginda merapatkan jari-jemarinya.”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Berdasarkan kenyataan di atas, maka marilah kita bersatu padu mendokong dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan serta memainkan peranan dalam agenda perpaduan. Tanamkanlah di dalam jiwa kita rasa tanggungjawab untuk memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda sebagai pemerintah negara. Marilah kita merafak sembah, menjunjung kasih taat setia kepada baginda sepanjang takhta pemerintahan. Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dikurniakan taufik dan hidayah serta kekuatan untuk meneruskan pemerintahan.
Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:
Pertama: | Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak kedaulatan Islam di bumi Malaysia bahkan menjadi lambang keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi yang berperanan sebagai tonggak perpaduan. |
Kedua: | Penerapan nilai dan etika persaudaraan yang dituntut oleh Islam dapat mengeratkan perpaduan dan keutuhan dalam masyarakat. |
Ketiga: | Perpaduan merupakan paksi utama kepada kesatuan dan akan melahirkan generasi bersatu padu dalam kelompok masyarakat yang progresif dan dinamik. |
Keempat: | Perpaduan merupakan resepi dan adunan yang terbaik dan kunci dalam mengekal dan menjamin keamanan serta perpaduan di kalangan rakyat agar dapat mengecapi nikmat kemakmuran dan keharmonian. |
Maksudnya: “Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara (perasaan) hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau membelanjakan segala (hartabenda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara (perasaan) hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (perasaan hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Anfal: 63)
Berapa ramai dari kita bersyukur apabila kadar tarif letrik bakal “turun” tahun hadapan? Tiada orang bercakap pun. Orang hanya bercakap dan bising apabila tarif naik. [sebenarnya bukan diturunkan – ianya adalah insentif berbentuk rebat yang bertempoh kerana pengurang kos – ICPT]
Begitu juga dengan perubahan harga minyak petrol. Apabila ada pengumuman harga minyak naik – kecoh dan kelam kabut semua. Apabila harga minyak turun, “ah 5 sen je!” … itu yang kita dengar. Tidaklah terlintas untuk kita hendak bersyukur.
Kerajaan telah mengumumkan “penurunan kadar tariff”, dalam bentuk rebat ke atas penggunaan elektrik berjumlah 1.25 sen per kilowatt jam (kWh) bagi semua pengguna bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2017 susulan penurunan harga kos bahan api dan janakuasa yang lebih rendah.
Ada juga yang merungut … “itu untung orang kaya sahaja!”
Sebab rebat tersebut hanya melibatkan mereka yang bil letrik bulanan yang melebihi RM77.00 sebulan. Kalau kurang daripada itu, pengguna tidak terlibat kerana kadar yang dinikmati sudah rendah iaitu:
(i) Tariff rate for Lifeline Band consumers (0-200 kWh) has been maintained at 21.8 sen/kWh since 1997; and
(ii) Tariff rate for 201-300 kWh band has been maintained at 33.4 sen/kWh since 2009.
Hanya bagi pengguna yang mengguna letrik lebih dari 300 kWh sebulan, kadar tarif yang melebihi 300 kWh itu (51.6 sen) yang diberi rebat di atas.
“ala sikit sangat” … itulah sikap sesetengah orang yang tidak bersyukur …
Nota: ICPT is a mechanism under the Incentive Based Regulation (IBR) framework which allows TNB as the utility to reflect changes (either increase or reduction) in fuel and other generation-related costs in the electricity tariff every six (6) months.
Sumpah YDP Agong adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan di mana Baginda bersumpah “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam“
[baca implikasi sumpah jawatan tersebut kepada seluruh pegawai dan kakitangan kerajaan – KLIK]
Jadual Keempat
Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan AgongBAHAGIAN ISUMPAH BAGI YANG DI-PERTUAN AGONG
Wallahi: Wabillahi: Watallahi:
Cuba lihat laporan bergambar hari ini dalam The Star (13hb Disember 2016). The Star melaporkan DYMM Agong ke 15 dengan Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni ALMARHUM Sultan Ismail Petra sedangkan secara rasmi nama Tuanku ialah Sultan Muhammad V dan Ayahanda Tuanku masih ada.
Inilah sikap JAHAT antagonis yang kerap ditunjukkan oleh The Star kebelakangan ini terhadap Islam, Melayu dan Institusi Raja.
.
The Star hanya mengeluarkan permohonan maafnya selepas jam 1:00 tengah hari.
Recent Comments