Sudah agak lama saya menerima satu gambaran grafik ini. Tetapi ianya menarik apabila kita renungi benar-benar fakta yang cuba dikemukakan. Saya ingin kongsikannya walaupun saya sendiri tidak pasti sumber asal yang melakarkan grafik tersebut.

Ianya merujuk kepada PRU13. Tetapi masih tetap relevan malah sangat relevan untuk kita renungi menjelang PRU14..

Ianya menarik kerana mesej dari grafik ini amat kuat. Ianya memberi mesej yang jelas apabila kita melihat percaturan politik Tanah Air. Kita akan dapati polarisasi yang jelas di belakang percaturan politik yang semakin meruncing hari ini.

Saya letak tajuk di atas, siapa yang sokong siapa bagi maksud melihat siapa sebenarnya yang melakari sokongan terhadap sesuatu pihak dan kita kena lihat pula apakah isu-isu yang diketengahkan sekarang dan apa isu-isu yang mereka tidak mahu sebut atau ganggu.

siapa sokong siapaSebenarnya grafik ini tidak perlu lagi diulas. Bagi mereka yang berfikiran matang dan terbuka ianya AMAT JELAS memberi gambaran kepada isu-isu yang sedang berlaku di Tanah Air kita ini. Terima kasih kepada yang membuahkan lakaran ini.

Kalau dahulu, dikatakan, ada hampir 40% orang Islam undi PR, kini saya yakin 40% itu PALING kurang separuh telah lari bersama PAS yang tidak lagi dengan PH. Bermakna PH hanya mendapat tidak lebih 20% pengundi orang Islam!

Ambillah 5% yang lari dari UMNO mengikut parti bunga raya. Maka, maksimumnya hanya sekitar 25% orang Islam yang bersama dalam PH.

Sama-sama kita fikir.

 

Advertisements