Sumpah YDP Agong adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan di mana Baginda bersumpah “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam

[baca implikasi sumpah jawatan tersebut kepada seluruh pegawai dan kakitangan kerajaan – KLIK]

Jadual Keempat

[Perkara 37]

Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan AgongBAHAGIAN ISUMPAH BAGI YANG DI-PERTUAN AGONG

Kami …………………………………………………. ibni ………………………………………. Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:

Wallahi: Wabillahi: Watallahi:

maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.