Semasa bertemu dengan seorang kenalan yang amat pakar dalam bidang missiologi, yang telah banyak membuat penyelidikan tentang gerakan missionari Kristian, beliau berkongsi beberapa keping slaid yang menunjukkan perancangan “church planting” gerakan Kristian di Malaysia.

church-planting-bfc-om

Gerakan Kristianisasi mengguna pelbagai platform dan bentuk dari Church Planting, Pameran Buku Bergerak di atas kapal hingga ke Pusat Latihan Bolasepak.

Ada beberapa perkara yang beliau tayangkan saya sudah maklum, antaranya tentang CAMEL Method. Namun, suatu yang baru saya dengar ialah tentang perancangan evangelis Kristian untuk menubuhkan 50 buah gereja khusus untuk orang Melayu di seluruh Tanah Air kita.

Senarai yang beliau kongsikan itu mengandungi senarai negeri dan pecahan daerah-daerah yang terlibat yang bakal diadakan gereja-gereja tersebut. Semua negeri dalam Malaysia tersenarai – tidak ada satu pun terselamat, termasuk negeri kelahiran saya Darul Iman dan begitu juga Serambi Mekah Darul Naim.

Seperti mana kita maklum, gereja yang mereka maksudkan tidak semestinya sebuah bangunan khusus berbentuk gereja. Kini “church planting” adalah dalam bentuk lot kedai yang disewa sahaja. Kita masih ingat kisah gereja di kawasan tidak ada penduduk Kristian di Taman Medan beberapa tahun lalu.

*******************

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi: