You are currently browsing the daily archive for 28 December, 2016.

SAH kebanyakan kita tidak ikut perintah Allah apabila kita mendapat sesuatu berita. Ramai yang terus tular* tanpa “selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya“. SAH kebanyakan kita tidak ikut apa yang Allah telah tuntut kepada kita sebagai orang-orang yang beriman seperti di dalam ayat Al Quran Al-Hujarat ayat 6.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)

Contoh terbaru, mesej tentang uniknya tahun 2017 kerana kononnya angka tarikh dan angka bulan yang sama (1hb Jan, 2hb Feb, 3hb Mac dan seterusnya) jatuh pada hari Isnin.

juara-tular-mesej-palsuBerikut adalah contoh mesej yang ditularkan:

Subhanallah
Tahun 2017, adalah tahun yg unik :
1-1-2017 hari senin
2-2-2017 hari senin
3-3-2017 hari senin
4-4-2017 hari senin
5-5-2017 hari senin
6-6-2017 hari senin
7-7-2017 hari senin
8-8-2017 hari senin
9-9-2017 hari senin
10-10-2017 hari senin
11-11-2017 hari senin
12-12-2017 hari senin
Bulan Februari 2017 juga mengalami keunikan yg tidak terjadi selama 823 tahun, dimana :
Hari Ahad berulang 4 kali
Senin 4 kali
Selasa 4 kali
Rabu 4 kali
Kamis 4 kali
Jumat 4 kali
Sabtu 4 kali
Subhanallah
Fenomena yg unik, jangan ragu utk menyebarkannya.

Berapa ramai dari kita yang seronok terima dan terus tularkan kepada rakan-rakan lain atau dalam beberapa kumpulan WhatsApp lain?

MALAH – tidak ada satupun tarikh yang dikatakan pada hari “senin” itu jatuh pada hari Isnin. Tidak ada satu pun!

Berapa ramai yang duduk fikirkan sebentar logiknya untuk berlaku? Berapa ramai pula yang benar-benar fikir untuk siasat (tabayyun) sesuai dengan ayat Al Quran yang disebut di atas?

Berapa ramai dari kita berebut untuk menjadi JUARA TULAR MESEJ PALSU?

Mungkin disebabkan “ayat power” di hujung mesej membuat kita tidak berfikir panjang … “Fenomena yg unik, jangan ragu utk menyebarkannya.

Sebenarnya ayat-ayat seperti itulah di antara ciri-ciri mesej palsu yang perlu kita awasi!

[… semacam ayat-ayat yang kita biasa dengar “… tugas kita mengHASUT … kita hasut rakyat tiap-tiap hari …” (diungkap oleh Rafizi Ramli pada 13 Mac 2016)  … janganlah sampai kita menjadi juara menghasut! 🙂 ]

*
TULAR” – bagi yang belum biasa dengan istilah ini – agar dibiasakan untuk mengganti istilah “viral” – BACA – Tular Swafoto Di Gegantung Jerayawara Suri Teladan Muda

BACA JUGA: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

December 2016
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid