SAH kebanyakan kita tidak ikut perintah Allah apabila kita mendapat sesuatu berita. Ramai yang terus tular* tanpa “selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya“. SAH kebanyakan kita tidak ikut apa yang Allah telah tuntut kepada kita sebagai orang-orang yang beriman seperti di dalam ayat Al Quran Al-Hujarat ayat 6.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)
Contoh terbaru, mesej tentang uniknya tahun 2017 kerana kononnya angka tarikh dan angka bulan yang sama (1hb Jan, 2hb Feb, 3hb Mac dan seterusnya) jatuh pada hari Isnin.
Berikut adalah contoh mesej yang ditularkan:
Subhanallah
Tahun 2017, adalah tahun yg unik :
1-1-2017 hari senin
2-2-2017 hari senin
3-3-2017 hari senin
4-4-2017 hari senin
5-5-2017 hari senin
6-6-2017 hari senin
7-7-2017 hari senin
8-8-2017 hari senin
9-9-2017 hari senin
10-10-2017 hari senin
11-11-2017 hari senin
12-12-2017 hari senin
Bulan Februari 2017 juga mengalami keunikan yg tidak terjadi selama 823 tahun, dimana :
Hari Ahad berulang 4 kali
Senin 4 kali
Selasa 4 kali
Rabu 4 kali
Kamis 4 kali
Jumat 4 kali
Sabtu 4 kali
Subhanallah
Fenomena yg unik, jangan ragu utk menyebarkannya.
Berapa ramai dari kita yang seronok terima dan terus tularkan kepada rakan-rakan lain atau dalam beberapa kumpulan WhatsApp lain?
MALAH – tidak ada satupun tarikh yang dikatakan pada hari “senin” itu jatuh pada hari Isnin. Tidak ada satu pun!
Berapa ramai yang duduk fikirkan sebentar logiknya untuk berlaku? Berapa ramai pula yang benar-benar fikir untuk siasat (tabayyun) sesuai dengan ayat Al Quran yang disebut di atas?
Berapa ramai dari kita berebut untuk menjadi JUARA TULAR MESEJ PALSU?
Mungkin disebabkan “ayat power” di hujung mesej membuat kita tidak berfikir panjang … “Fenomena yg unik, jangan ragu utk menyebarkannya.”
Sebenarnya ayat-ayat seperti itulah di antara ciri-ciri mesej palsu yang perlu kita awasi!
[… semacam ayat-ayat yang kita biasa dengar “… tugas kita mengHASUT … kita hasut rakyat tiap-tiap hari …” (diungkap oleh Rafizi Ramli pada 13 Mac 2016) … janganlah sampai kita menjadi juara menghasut! 🙂 ]
*
“TULAR” – bagi yang belum biasa dengan istilah ini – agar dibiasakan untuk mengganti istilah “viral” – BACA – Tular Swafoto Di Gegantung Jerayawara Suri Teladan Muda
BACA JUGA: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?
7 comments
Comments feed for this article
28 December, 2016 at 2:27 pm
postfishcracker
berhati2!
https://kiracukaipendapatan.blogspot.my/2016/12/lhdn-sekat-warganegara-ke-luar-negara.html
23 March, 2017 at 8:06 am
Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa? | Karim's Blog
[…] berkutukan dan menyebar fitnah yang pengirim sendiri hanya forward tanpa usul periksa. [Contoh: Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta?] Kita kerap tidak menjaga adab susila pergaulan dan […]
4 April, 2017 at 10:22 am
World News Daily Report – PALSU !!! | Karim's Blog
[…] Baca: Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta? […]
19 November, 2017 at 2:10 pm
Dahsyat Betul … Semua Orang Di Jerman Sudah Jadi Muka Cina! | Karim's Blog
[…] Baca: Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta? […]
19 November, 2017 at 3:47 pm
Burung-burung Serang British Airways … Tak Habis-habis Diperbodohkan | Karim's Blog
[…] Inilah sikap sebahagian orang kita suka jadi Raja Tular: Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta? […]
11 December, 2017 at 2:06 pm
Trump Akan Bakar Al-Quran – Boikot Product Code 57 | Karim's Blog
[…] Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta? […]
30 March, 2018 at 9:15 am
Apabila Menerima Mesej Kematian Ibu Bapa Anda | Karim's Blog
[…] Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta? [baca] […]