Saya ucapkan syabas kepada pengurusan McD di Malaysia yang bertegas dengan notis larangan membawa masuk makanan yang tidak mempunyai status Halal JAKIM.

Bagi yang komen-komen sembrono silalah pergi kelas “Quality Assurance” atau quality management systems seperti ISO atau seumpamanya.

mcd-halaljakimBagi mereka yang sudah mengikuti pelbagai kursus seumpama itu tetapi masih BODOH memberi ulasan – pergilah buka balik nota-nota kursus. Atau bagi mereka yang terlibat dengan perlaksanaan pelbagai kaedah kualiti di pejabat masing-masing pasti telah sepatutnya faham syarat yang perlu dipatuhi, hatta perkara yang mungkin bagi sesetengah orang lihatnya suatu yang enteng.

Perlaksanaan suatu sistem kualiti perlukan kepatuhan yang rapi dan juga diaudit akan kepatuhannya. Tersilap – penarafan atau sijil kualiti boleh dibatalkan.

Begitulah juga berkaitan dengan Sijil Halal JAKIM. Ianya adalah suatu proses dan kaedah pengurusan kualiti. Kualiti yang hendak dijaga ialah HALAL. Maka setiap aliran proses dari penyediaan makanan atau perkhidmatan semestinya  mematuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.

Apakah ada sesiapa membantah syarat-syarat SIRIM QAS dan engkar untuk ikuti – tetapi masih mahu dapatkan penarafan ISO?

Bagi yang pernah terlibat dalam program “quality assurance” di pejabat masing-masing – pasti ada kala terfikir akan perkara-perkara yang difikir aneh dan kecil di mata kita namun kegagalan untuk patuhi mengganggu proses pensijilannya.

Ketegasan McD dalam hal ini adalah kerana ingin menjaga kualiti perkhidmatannya yang mematuhi Sijil Halal JAKIM.

Bagi yang tidak tahu, inilah hebatnya saranan dalam Al Quran tentang “halalan thoyyiban”. Bukan sahaja halal setakat sembelihannya, tetapi termasuk suci dan bersih dalam segala aspek penyediaan perkhidmatan diambil kira. Sebab itu bagi kebanyakan orang-orang yang waras mereka faham dan mengambilkira penarafan “halal” kerana ianya adalah suatu yang dijamin bukan sahaja halal tetapi bersih lagi suci.

Advertisements