Petikan:
Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata, DAP yang hanya bertanding di 51 daripada 222 kerusi Parlimen tidak mampu menerajui kepimpinan negara jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum ke14 (PRU14) [Malaysiakini: 3 Dis 2016 – “Bolehkah DAP terajui M’sia jika menang 51 kerusi, tanya AMANAH”].
Bagaimana DAP hendak menguasai Parlimen Malaysia jika mereka hanya bertanding di 51 daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara? Sekiranya DAP menang kesemua 51 kerusi sekali pun, mereka hanya memiliki 23% daripada jumlah semua kerusi Parlimen Malaysia dan mereka masih tidak mempunyai suara majoriti dan tidak akan berupaya untuk menguasai Parlimen Malaysia. [FB: Halaman Rasmi PPBM Sri Gading – 27 Nov 2016]
Itulah yang mereka rasa. Itulah yang mereka dibuaikan. Itulah yang mereka hendak kita semua percayai.
FAKTAnya?
Kit Siang berkata pada 31 Dis 2016:
… I expect the DAP to double the number of Parliamentary and State Assembly constituencies to be contested in the 14th General Election as compared to the 13th General Election.
Kit Siang dengan berani dan ANGKUH menyatakan hasratnya untuk menambah kuasanya dalam pakatan pembangkang. Masihkah ada orang kita yang mahu ditipu hidup-hidup? Masih ada orang kita yang mahu dibahlolkan?
1 comment
Comments feed for this article
6 January, 2017 at 11:56 am
postfishcracker
betul ke ni?
https://cukaipendapatan.wordpress.com/2016/12/30/pelepasan-cukai-hingga-rm1000-beli-alatan-penyusuan/