Ke mana lagi Ezam nak pergi sekarang? Bermula dengan UMNO, tetapi pakat keluar ikut Anwar bersama enam “kotak rahsia”.

Kemudian tubuh GERAK, entah bergerak tidak, tubuh parti baru PKN. Akhir bergerak jadi PKR. Penat-penat memperjuangkan PKR dan menghina teruknya sudah korup parti UMNO itu, dia pula keluar PKR masuk semula UMNO.

Ke seluruh pelusuk negara Ezam jaja kes “Liwat II” Anwar, menceritakan bahawa “syaknya” terhadap Anwar sejak bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu di luar negara lagi.

Entah apa keuntungannya apabila UMNO yang dihina dulu didokong balik. Mungkin banyak untungnya atau ada janji-janji yang ditagih. Dapatlah menjadi Senator. Jadilah orang penting di Kementerian Kewangan dengan jawatan khas yang diadakan khusus untuk beliau.

Entah apa yang dirasakan tidak puas hati dengan kelumayanan yang diperolehinya hingga tidak sabar-sabar keluar UMNO masuk parti yang baru ditubuh.

Namun, agak menghairankan apabila tidak sampai pun tiga bulan Ezam sudah tidak puas hati dengan parti “Bunga Raya”. Pelbagai teori yang disebut-sebut politikus lain.

Habis, takkanlah politikus seperti Ezam begitu senang hendak bersara dari politik. Orang yang berjiwa besar seperti Ezam mesti masih mempunyai cita-cita besar politik.

Habis ke parti mana lagi dia hendak lompat? DAP?

Aih. Takkanlah Ezam sanggup masuk parti cauvanis Cina yang memusuhi Islam!

Ye lah. DAP tu dulu je benci Islam. Sekarang ni orang yang benci sangat terhadap Islam dalam DAP tu pun sudah mati. Kit “Yang Siang Tak Pernah Malam” pernah berkata – dulu je DAP ni sukar hendak terima Islam dan Melayu sebab tokoh besar yang cabar orang langkah mayatnya dahulu sudah menjadi mayat.

Namun, anak orang yang “tak pernah malam” itu pernah beritahu TYT Gabenor bahawa generasi baru DAP mesra Islam. Ayahnya dan Kapal yang dah “karam” itu sahaja yang menyukarkan DAP mesra dengan Melayu Islam. Boleh percaya?

Mungkinkah ada sesuatu yang Ezam boleh termakan dengan janji baru? Kalau dapat bertanding PRU14, untung juga? PKR sudah tidak seramai DAP dalam DUN Selangor. Kalau jadi calon Melayu DAP, ada peluang jadi MB. Ternganggalah nemesis politik dalam PKRnya dulu.

DAP memang duduk galak cari barua Melayu.

ezam-dap