Guan Eng sudah gabra. Guan semakin panik. Guang Eng takut kerana tidak mampu berhujah secara intelektual.

Persoalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak remaja berumur 13 tahun pun Guan Eng sudah tidak mampu jawab.

Guan berhelah kerana tidak mahu layan kanak-kanak 13 tahun. Apakah Guan Eng menolak hak kanak-kanak untuk mempersoalkan kenyataannya yang salah? Apakah Guan Eng mahu sekat hak kanak-kanak untuk mempersoalkan kesalahan Guan Eng?

lge-gabraKenapa Guan Eng tidak berani berdepan dengan secara matang? Kalau kanak-kanak 13 tahun sudah menunjukkan kematangannya, kenapa orang tua seperti Guan Eng tidak berani berdepan? Hanya dengan berhelah bahawa kanak-kanak yang bertanya – maka kanak-kanak itu tidak matang?

Namun, gerak geri dan reaksi badan (body language) Guan Eng JELAS memberikan gambaran sebaliknya. Kenapa Guan Eng tunjukkan reaksi yang resah dan gelisah, tangannya asyik gerak “menyapu meja”? SEBENARNYA Guan Eng panik dan amat takut apabila kanak-kanak kecil 13 tahun pun mampu untuk menegur kesilapannya.  Guan tidak mampu jawab tetapi hanya setakat mampu untuk berhelah sahaja.

Kenapa Guan Eng GABRA?

Baca lagi:

 

Advertisements