You are currently browsing the daily archive for 3 February, 2017.

Apabila peristiwa Prebet Adam Jaafar “mengamuk di Chow Kit”, nama Al Marhum Sultan Iskandar dikaitkan sebagai penyebab Adam menembak rambang membunuh dua orang awam pada 18 Oktober 1987.

Anggota Renjer dari pangkalan kem di Ipoh itu menggunakan senjata yang dibawa asalnya untuk latihan, pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan “melepaskan geramnya” pada petang tersebut hingga membuat Chow Kit yang sentiasa sibuk menjadi lengang.

Seluruh negara akhirnya membicarakan bahawa amukan Prebet Adam adalah kerana marahnya kepada Baginda Tuanku Sultan Iskandar yang pada ketika menjadi YDP Agong. Naratifnya ialah Baginda menghayunkan batang golf sehingga mengakibatkan kematian adik kepada Adam, yang menjadi caddy Baginda.

Sehingga hari ini, walaupun Baginda telah mangkat, nama Baginda masih dikaitkan dengan peristiwa tersebut. Tersebar cerita Al Marhum Baginda murka kerana adik Adam sebagai caddy mentertawakan Baginda kerana gagal masukkan bola golf ke dalam lubang yang tersangat dekat.

Sehingga hari ini, nama Al Marhum Bagindalah dicemuh kerana sanggup membunuh caddynya hanya kerana ditertawakan.

prebet-adam-keganasan-persepsiPersoalannya.

Adik Prebet Adam yang mati itu … di mana kuburnya?

Apakah nama adik Prebet Adam yang dibunuh itu?

Tidak ada siapa yang boleh memberi jawapannya. Memang tidak siapa yang boleh jawab.

Kerana;

Prebet Adam tidak ada adik lelaki yang menjadi “caddy”.

Prebet Adam memang tidak ada adik lelaki yang jadi “caddy” bagaimana dikatakan mati itu?.

Bermakna;

Selama ini cerita yang tersohor tentang Prebet Adam mengamuk kerana adiknya dibunuh Al Marhum Baginda adalah PALSU.

Itulah yang ingin saya bawa para pembaca kepada masalah kita semua. TERLALU mudah percaya cerita sensasi yang PALSU.

Malah ada juga orang menerbitkan dokumentari dengan jalan cerita palsu sedemikian tanpa ada rasa bersalah untuk membetulkannya.

Kita menerima bulat-bulat cerita sedemikian. Jika kita di antara orang yang masih menyebarkan cerita seperti ini, apakah ada peluang untuk kita mengadap Baginda Tuanku bagi tujuan meminta maaf di atas FITNAH kita? Jangan kita ambil mudah. Tuanku sudah mangkat. Cerita palsu yang dipanjangkan oleh kita sebagai penyambung fitnah itu kita tanggunglah sendiri.

Inilah KEGANASAN PERSEPSI atau Terrorisme Persepsi (Perception Terrorism). Gambaran persepsi buruk dilemparkan. BUKTI? Tidakk ada langsung! Namun ianya tetap ditularkan sehingga orang ramai menerimanya semacam suatu fakta yang benar.

Akhirnya inilah kesan … Hampir Seluruh Rakyat Hina Dan Kutuk Al Marhum Tuanku

Dan begitulah saban hari menerima berita tanpa usul periksa kita menyambungnya dengan menyebar perkara yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya. Malah kita engkar dengan suruhan Allah S.W.T. untuk “tabayyun”.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka “TABAYYUN” selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)

Begitulah juga, apabila kita dapat cerita sensasi anak Baginda Sultan Selangor masuk Kristian, kita pun sebar. SAH PALSU – malah diperakui sendiri mereka bahawa sumber cerita itu adalah direka-reka dari agen MOSSAD. [Baca: World News Daily Report – PALSU !!!]

Begitulah juga dengan cerita CINCIN ROSMAH. Riuh seluruh Malaysia, orang ramai kutuk DS Rosmah yang beli CINCIN MAHAL RM24juta. (Baca cerita pembicaraan Mahkamah Cincin Rosmah] Sehingga hari ini masih lagi orang sebar cerita ini. Malah, masih ramai ahli politik pembangkang gunakan modal ini untuk kutuk Rosmah.

Yang sebenarnya, PEMFITNAH yang menyebarkannya sudahpun mengaku di Mahkamah (18 bulan yang lampau) bahawa dia hanya bergurau. Malah RAFIZI sendiri yang mengaku bahawa KERJA DIA IALAH MENGHASUT.

[baca: Siri Hasutan Rafizi – Orang Yang Cerdik Tidak Dengar]

Kita yang mudah percaya dan sebar cerita PALSU tanggunglah dosa sendiri. Berbeza dengan Al Marhum Tuanku Sultan Johor, Rosmah masih hidup. Sanggupkah kita hendak pergi jumpa dia minta maaf bahawa kita adalah di antara orang yang fitnah Rosmah beli cincin RM24juta?

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

February 2017
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid