Dalam setiap siri program sekarang ini saya akan bertanya para hadirin satu persoalan. Dan hampir semua dari mereka (mungkin 99 peratus) percaya dan bersetuju bahawa sebab Prebet Adam Jaafar mengamuk di Chow Kit pada tahun 1987 adalah kerana adiknya dipukul hingga mati oleh Al Marhum Tuanku Iskandar (Sultan Johor yang pada ketika itu adalah YDP Agong).
Dan kesemua hadirin terkejut apabila saya dedahkan fakta sebenar bahawa Prebet Adam tidak ada adiknya yang menjadi caddy yang kononnya dipukul hingga mati oleh Al Marhum Tuanku.
Hingga kini tidak ada sesiapa pun boleh memberitahu di manakah kubur caddy yang mati itu. Malah tidak ada sesiapapun yang boleh memberikan nama adik Prebet Adam.
Sebab Prebet Adam memang tidak ada adik lelaki yang mati. Prebet Adam tidak ada adik yang bekerja sebagai caddy.
[baca lanjut pendedahan ini: Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor]
Memang kes Prebet Adam mengamuk tidak ada kena mengena dengan Al Marhum Tuanku.
Persoalannya, kenapa nama Al Marhum diburukkan dan diberi gambaran sedemikian rupa. Namun, persoalan yang wajar difikirkan ialah apakah kempen memburukkan Raja-raja Melayu suatu permulaan kepada suatu kempen yang besar sehingga membawa kepada pindaan Perlembagaan untuk melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu?
Keganasan persepsi telah dicipta dan dibina terlebih dahulu sebagai langkah pre-emptif oleh perancang strategis ketika itu. Seluruh rakyat Malaysia DITIPU melalui keganasan persepsi yang diatur dengan teliti demi untuk percaturan seterusnya oleh perancang strategis yang tidak kenal erti dosa fitnah.
Akhirnya kita semua yang terlibat serba sedikit menyebar fitnah ini terpalik dengan dosa yang tidak mungkin dapat kita pohon maaf dari tuan badan yang sudah mangkat itu. Kita tanggunglah sendiri.
5 comments
22 February, 2017 at 7:19 pm
Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor | Karim's Blog
[…] « “Biar Rukun Negara Kekal Sebagai Rukun Negara”: Tun Abdul Hamid Hampir Seluruh Rakyat Hina Dan Kutuk Al Marhum Tuanku » […]
11 March, 2017 at 12:57 am
SPR jamin tiada penipuan jari palsu dalam pilihan raya | Karim's Blog
[…] Hampir Seluruh Rakyat Hina Dan Kutuk Al Marhum Tuanku […]
31 December, 2017 at 10:41 am
Fitnah Pra-PRU14 Sudah Bermula – JAHAT! | Karim's Blog
[…] Hampir Seluruh Rakyat Hina Dan Kutuk Al Marhum Tuanku […]
31 December, 2017 at 11:45 am
Cerita-cerita Palsu Yang Ditularkan 2017 | Karim's Blog
[…] Sultan Johor bunuh adiknya. Walaupun ianya jelas palsu – masih ada orang percaya. Akhirnya Hampir Seluruh Rakyat Hina Dan Kutuk Al Marhum Tuanku. Bersediakan anda untuk tanggung […]
30 March, 2018 at 9:15 am
Apabila Menerima Mesej Kematian Ibu Bapa Anda | Karim's Blog
[…] Tular PALSU yang POPULAR suatu masa dahulu – sehingga hari ini orang masih percaya – Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor. Akhirnya inilah kesan … Hampir Seluruh Rakyat Hina Dan Kutuk Al Marhum Tuanku […]