You are currently browsing the daily archive for 10 February, 2017.
Kenyataan yang dibuat Ustaz Md Salleh Haji Ahmad (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang) pada 8hb Feb 2017, mengesahkan berhubung campur tangan exco Agama dalam fatwa Kalimah Allah. Malah surat daripada exco Agama sendiri yang bertarikh 26 Mei 2010 (yang dilampirkan di bawah) adalah merupakan satu lagi bukti yang amat ketara dalam isu ini.
[baca juga: Penang Institute, Liberalisme dan Illuminati]
PENJELASAN DATO’ MD SALLEH HJ AHMAD (AJK FATWA PULAU PINANG) MENGENAI ISU CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN
Saya mengikuti isu yang berbangkit di dalam akhbar mutakhir ini mengenai campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan. Sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang masih berkhidmat, saya menyokong penuh kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Ust Afnan Hamimi, bahawa wujudnya campur tangan politik daripada Kerajaan Negeri terhadap proses pemfatwaan.
Saya melahirkan dukacita terhadap Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana campur tangan beliau ke atas proses pemfatwaan. Ada arahan daripada beliau pada tahun 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian Kerajaan Negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah. Walau bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada tahun 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa.
Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang ditangguhkan oleh Exco Agama untuk dibawa kepada Yang DiPertuan Agong. Perkara ini pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri. Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa Exco Agama di dalam hal pemfatwaan ini lebih besar daripada kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Oleh itu, saya minta supaya tindakan campur tangan politik ini dihentikan. Semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong, tidak perlu melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
Saya berharap kenyataan ini dapat menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu yang timbul. Saya juga mengharapkan agar masyarakat Islam sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak.
Sekian, terima kasih.
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
8 Februari 2017
Apabila MMO membuat sedikit liputan tentang Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke-9 anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), MMO melaporkan jawapan yang saya berikan kepada satu soalan yang dikemukakan selepas sesi pembentangan. [baca: People in power targeted by liberals, anti-Illuminati forum told]
MMO tidak pula melaporkan pelbagai fakta yang saya bentang dalam pendedahan beberapa nama tokoh dan pertubuhan lain yang saya sebut dalam pembentangan tajuk: Gerakan Liberalisme Di Malaysia: Kajian Kes. Saya bukan sekadar menyebut nama-nama tokoh tersebut dan apakah pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam penyebaran fahaman Liberalisme di Tanah Air ini, malah saya dedahkan fakta dan bukti bagi menyokong pendedahan saya.
Saya turut menayangkan satu gambarajah yang kompleks hubung kait pelbagai pertubuhan yang mendapat sokongan dan pembiayaan dana dari agensi dan pertubuhan luar negara. MMO tidak pula laporkannya.
Namun, mungkin ada hikmahnya soalan yang dikemukakan, jawapan yang mengkaitkan Penang Institute dan kemudian MMO melaporkannya. Allah Maha Mengetahui.
Maka meletupkanlah isu Penang Institute dan Liberalisme hingga bagaikan kepanasan Penang Institute terlompat keluar bersilat.
Selang beberapa hari, isu tersebut tidak reda. Timbul pula dari kenyataan-kenyataan dibuat beberapa tokoh PAS Negeri Pulau Pinang seolah-olah sambut isu yang sama. Hinggalah ianya terkait kepada isu campurtangan kerajaan dalam isu fatwa dan akhirnya kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Md Salleh Haji Ahmad (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang) pada 8hb Feb 2017, mengesahkan lagi berhubung campurtangan exco Agama dalam fatwa Kalimah Allah.
Disambut lagi dengan penulisan oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff di dalam Berita Harian: Parti Cauvinis Terdesak Mahu Perbaiki Imej Anti-Islam. Bangkitlah kesekalian jentera musuh yang sedang giat menyebar fahaman Liberalisme ini. Namun, ianya masih belum mampu menangkis umpan yang telah didedahkan melalui Wacana penganjuran MUAFAKAT pada 17hb Januari 2017 yang lalu dengan tema: Liberalisme: Agenda Jahat Illuminati.
Malah tajuk tema itu sendiri telahpun menimbulkan kegelisahan dari kalangan mereka. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan Illuminati itu sendiri, kerana mereka tahu akibatnya.
Ini kerana mereka amat arif bahawa dasar-dasar prinsip Illuminati yang digariskan oleh pengasasnya Adam Weishaupt adalah jelas. Dasar prinsip kedua dari 25 prinsip adalah: “Preach Liberalism” [Dakyah Liberalisme].
Sebab itulah saban hari, pelbagai perbincangan dan agenda mempromosikan fahaman Liberalisme mekar dan segar dibiayai oleh dana yang besar dari dalam dan luar negara. Sanggah menyanggahlah mereka. Menggelabahlah para barua membela tuannya masing-masing. Bukti-bukti telah dirakam. Satu demi satu telah terdedah dan bakal didedahkan lagi.
sumber: Berita Harian
Pengumuman bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, menyertai DAP semalam tidaklah mengejutkan lantaran DAP sedang menghadapi masalah imej yang teruk. Ini ekoran pendedahan demi pendedahan pelbagai pihak mengenai sikap anti-Islam dan anti-Melayu parti tersebut.
[baca juga: Penang Institute, Liberalisme dan Illuminati]
Saya sendiri telah beberapa kali mengulas mengenai sikap negatif DAP terhadap Islam ini dengan memberikan contoh-contoh spesifik mengenainya. Setakat ini, ia tidak mendapat sebarang penafian daripada mana-mana pemimpin DAP yang disebutkan, sekali gus mengesahkan kebenarannya.
Cabaran ketua pengarah Jasa, Dr Puad Zarkashi, supaya DAP mengubah perlembagaannya yang tidak selari dengan Islam mahupun supaya rakan DAP dalam PPBM, PKR dan PAN mencabar DAP meminda perlembagaannya juga tidak bersambut, sekali gus mengiyakan kebaculan mereka.
Ditambah pula dengan serangan berterusan ke atas DAP oleh pemimpin Melayu Islam yang pernah menyertai parti itu seperti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Mohamad Razali Abdul Rahman, Zukifli Mohd Noor dan Rahmad Isahak menjadikan DAP cukup terdesak bagi mencari pengganti mereka.
Seperti pesanan juru acara majlis yang juga pegawai Zaid, Abdul Rashid Khan, kepada penasihat DAP Lim Kit Siang supaya memberi apa yang diminta oleh Zaid, dan pengumuman Zaid akan berceramah di seluruh Malaysia di bawah tiket DAP, sudah tentulah Zaid akan diberi peranan dalam DAP.
Bagaimanapun, jika peranan utama Zaid adalah untuk membina imej DAP sebagai parti politik yang mesra Islam dan mesra Melayu, sekali gus menarik pengundi Islam dan Melayu menyokong DAP, maka imej liberal dan sekular yang terpahat kukuh pada Zaid akan menyebabkan ia sukar dicapai.
Seperti disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya, beliau berada di majlis tersebut dalam keadaan cukup ganjil. Ini kerana beliau selaku pengerusi PPBM serta beberapa pemimpin PPBM lain hadir untuk menyaksikan penyertaan Zaid – yang pernah menjadi ahli Umno – ke dalam DAP.
Kehadiran Mahathir meraikan kemasukan Zaid ke dalam DAP, dan tindakan Zaid menghentam teruk PAS di dalam ucapannya dengan menyifatkan parti itu sebagai “penunggang agama”, “penjaja agama” dan sebagainya malah turut berpotensi menggagalkan rundingan kerjasama PPBM-PAS.
Mahathir sendiri di dalam ucapannya, dan ketika ditanya oleh wartawan mengenai status rundingan kerjasama PPBM-PAS, menyebut bahawa masih ada rundingan tetapi yang utama ialah PPBM akan bergabung dengan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) secara rasmi sebagai satu komponen.
Sukar dibayangkan bagaimana PAS boleh bekerjasama dengan PPBM dalam keadaan ini, apatah lagi bila naib presiden Mohd Amar Nik Abdullah dan timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan PPBM keluar dari PH untuk menyertai Gagasan Sejahtera (GS).
Tatkala asosiasi pemimpin PPBM dan PAN, yang diwakili Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad, dengan Zaid boleh mendatangkan masalah kepada hubungan PPBM-PAS, kedudukan Zaid sebagai bekas pemimpin PKR juga agak merumitkan, malah tiada pemimpin PKR hadir dalam majlis itu.
Turut menarik perhatian ialah kegagalan Mahathir memberikan jawapan tuntas kepada pertanyaan wartawan yang mahu tahu apa pakatan pembangkang akan lakukan kepada Jakim dan BTN jika mereka berkuasa, dan yang mahu mereka menubuhkan kabinet bayangan dalam bentuk jawatankuasa.
Jawapan ringkas Mahathir bahawa kesemua perkara membabitkan soal dasar mahupun soal lantikan jawatan kerajaan hanya akan dibincangkan selepas pakatan pembangkang memenangi pilihan raya jelas merupakan petanda betapa mereka tiada perancangan dan dipenuhi unsur ketidaktentuan.
Kemasukan Zaid, malah mana-mana pemimpin Melayu Islam lain, ke dalam DAP tetap tidak akan memberikan banyak impak ke atas peluang pakatan pembangkang memenangi undi Melayu Islam selagi mereka, khususnya DAP, tidak menunjukkan komitmen jelas kepada agenda Melayu Islam.
Baca juga: Campur Tangan Kerajaan Pulau Pinang Dalam Fatwa – BUKTI Sudah Jelas!
Recent Comments