Apabila MMO membuat sedikit liputan tentang Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke-9 anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), MMO melaporkan jawapan yang saya berikan kepada satu soalan yang dikemukakan selepas sesi pembentangan. [baca: People in power targeted by liberals, anti-Illuminati forum told]

wacanaliberalisme-kajiankescoverMMO tidak pula melaporkan pelbagai fakta yang saya bentang dalam pendedahan beberapa nama tokoh dan pertubuhan lain yang saya sebut dalam pembentangan tajuk: Gerakan Liberalisme Di Malaysia: Kajian Kes. Saya bukan sekadar menyebut nama-nama tokoh tersebut dan apakah pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam penyebaran fahaman Liberalisme di Tanah Air ini, malah saya dedahkan fakta dan bukti bagi menyokong pendedahan saya.

Saya turut menayangkan satu gambarajah yang kompleks hubung kait pelbagai pertubuhan yang mendapat sokongan dan pembiayaan dana dari agensi dan pertubuhan luar negara. MMO tidak pula laporkannya.

Namun, mungkin ada hikmahnya soalan yang dikemukakan, jawapan yang mengkaitkan Penang Institute dan kemudian MMO melaporkannya. Allah Maha Mengetahui.

Maka meletupkanlah isu Penang Institute dan Liberalisme hingga bagaikan kepanasan Penang Institute terlompat keluar bersilat.

Selang beberapa hari, isu tersebut tidak reda. Timbul pula dari kenyataan-kenyataan dibuat beberapa tokoh PAS Negeri Pulau Pinang seolah-olah sambut isu yang sama. Hinggalah ianya terkait kepada isu campurtangan kerajaan dalam isu fatwa dan akhirnya kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Md Salleh Haji Ahmad (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang) pada 8hb Feb 2017, mengesahkan lagi berhubung campurtangan exco Agama dalam fatwa Kalimah Allah.

Disambut lagi dengan penulisan oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff di dalam Berita Harian: Parti Cauvinis Terdesak Mahu Perbaiki Imej Anti-Islam. Bangkitlah kesekalian jentera musuh yang sedang giat menyebar fahaman Liberalisme ini. Namun, ianya masih belum mampu menangkis umpan yang telah didedahkan melalui Wacana penganjuran MUAFAKAT pada 17hb Januari 2017 yang lalu dengan tema: Liberalisme: Agenda Jahat Illuminati.

Malah tajuk tema itu sendiri telahpun menimbulkan kegelisahan dari kalangan mereka. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan Illuminati itu sendiri, kerana mereka tahu akibatnya.

Ini kerana mereka amat arif bahawa dasar-dasar prinsip Illuminati yang digariskan oleh pengasasnya Adam Weishaupt adalah jelas. Dasar prinsip kedua dari 25 prinsip adalah: “Preach Liberalism” [Dakyah Liberalisme].

Sebab itulah saban hari, pelbagai perbincangan dan agenda mempromosikan fahaman Liberalisme mekar dan segar dibiayai oleh dana yang besar dari dalam dan luar negara. Sanggah menyanggahlah mereka. Menggelabahlah para barua membela tuannya masing-masing. Bukti-bukti telah dirakam. Satu demi satu telah terdedah dan bakal didedahkan lagi.

Advertisements