Para dai kerap diingatkan tentang al Hadith “Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
Maka, timbul persoalan. Zalim yang bagaimana? Apakah epistemologi “zalim” itu? Perlulah kita fahaminya betul-betul.
Dalam suatu riwayat oleh Alqamah r.a. dari Abdullah r.a., ketika turunnya ayat 82 surah Al Anaam, “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk“, ada para sahabat yang bertanya tentang kezaliman itu.
Maka turunlah pula ayat 13 surah Luqman, “Sesungguhnya kesyirikan adalah kezaliman yang azim (besar)”. Para dai MESTI tahu dan faham urutan keutamaan dalam perjuangan mereka.
Pertama ialah Tauhid, dituruti oleh Syariat. Dan itulah yang Rasulullah s.a.w. lakukan pada mulanya demi menyebarkan kalimah tauhid sepanjang di Makkah.
Apabila kita memperkatakan tentang kezaliman, kita MESTI sedar bahawa kezaliman yang utama ialah menolak kalimah Tauhid, syirik kepada Allah.
Maka mengatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim mestilah dilihat dalam perspektif pemerintah yang jelas menolak keESAan Allah S.W.T. Pemerintah yang masih kekal tidak menerima kalimah Tauhid, sama ada masih kekal beragama Buddha, Hindu atau Kristian itulah yang zalim yang azim.
Termasuk dan tidak tertinggal dalam menegur para pemimpin dan pemerintah yang menganuti fahaman sesat Liberalisme Agama/Pluralisme Agama serta Syiah dan seumpamanya. Bukan mengiakan kesesatan Liberalisme/Pluralisme itu!
Selagi mereka itu dalam kufur menolak kalimah syahadah, menerima tuhan-tuhan selain Allah … maka mereka itulah yang PALING ZALIM.
Jangan diselewengkan perspektif Ahli Sunnah wal Jamaah. Saya rasa terpanggil untuk menulis ini setelah menerima dan menonton sedutan video dan petikan grafik ucapan Ustaz Siddiq Fadhil di Shah Alam baru-baru ini.
3 comments
11 August, 2017 at 4:05 pm
Tiada Pahalanya Trump Minum Tangan Kanan! | Karim's Blog
[…] Sila baca: Apa Ertinya Zalim Yang Azim? […]
11 August, 2017 at 4:08 pm
Hebat Raja Salman Tegur Trump Minum Tangan Kiri, Tetapi … | Karim's Blog
[…] Pentingnya faham ilmu itu … Apa Ertinya Zalim Yang Azim? […]
23 April, 2018 at 6:26 pm
Mahathir HINA Imam Bukhari – Kata Imam Yang Paling Banyak Tolak Hadith | Karim's Blog
[…] Dalam menyokong seseorang untuk menjadi pemimpin, kita perlu tahu fahaman ideologi dan aqidahnya. Kita tidak mahu mengangkat pemimpin yang zalim berdasarkan Surah ukman ayat 13 – Apa Ertinya Zalim Yang Azim? […]