a355-orangbodohberhimpunTidak ada gambaran lain yang lebih tepat untuk penganjur, mereka yang memberi ucapan dan mereka yang hadir berhimpun membantah cadangan usul pindaan Akta 355 di Taman Jaya, Petaling Jaya petang tadi.

Hanya seberapa kerat sahaja pun. Tetapi mereka adalah BODOH seBODOHnya.

Sebab?

BODOH #1:

Mereka kata pindaan Akta 355 akan melibatkan semua orang di Tanah Air tidak kira apa agama anutan mereka.

Akta 355 dengan JELAS menyebut di dalam Seksyen 2 Akta 355 ini bahawa:

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam

Bila pula orang bukan Islam dihadapkan ke Mahkamah Syariah?

BODOH #2:

Dalam ucapan petang tadi, mereka mengaitkan isu “berus cat dari bulu babi”.

Yang bercakap itu fahamkah isunya? Kes berus cat bulu babi baru-baru ini tiada kaitan dengan Akta 355. Langsung tiada kaitan dengan Akta ini apatah lagi cadangan pindaan Akta ini.

BODOH #3:

Memberi contoh apa yang berlaku di Aceh dikatakan seorang bukan Islam dirotan kerana menjual arak kepada orang Islam.

Aceh tidak guna Akta 355. Akta 355 hanya terpakai di Malaysia. Akta 355 tiada kaitan dengan orang bukan Islam menjual arak kepada orang Islam – itu bukan di bawah Akta 355. Tetapi dalam Akta 355 – orang Islam yang minum arak di tempat terbuka – Ya kena. Tetapi peniaga/penjual tersebut tidak dihadapkan di Mahkamah Syariah. Penjual arak bukan Islam itu tidak tertakluk di bawah Akta ini. Jika mereka bantah sebab nanti apabila orang Islam sudah tidak lagi mahu langgani kedai arak mereka – maka kita tahu itulah sebenarnya sebab mereka bantah.

Sudahlah orang-orang BODOH yang berucap. Yang BODOH datang mendengar pun melenggak diperBODOHkan dengan cerita-cerita siBODOH bercakap perkara yang mereka sendiri tidak faham.

Jika kita ambil kedua-dua perhimpunan hari ini sebagai gambaran sokongan dan bantahan orang ramai maka bolehlah kita simpulkan bahawa hanya 0.5% rakyat Malaysia bantah cadangan pindaan Akta 355 dan 99.5% rakyat Malaysia sokongan pindaan ini.

Ini berdasarkan sekitar 100-150 orang sahaja yang hadir di Taman Jaya manakala di Padang Merbok menyaksikan lebih 20,000 orang yang hadir – walaupun ada yang mengatakan yang hadir pada siang hari ada yang tidak tunggu hingga ke malam. Dan yang hadir pada waktu malam melebihi 20,000 orang.

[klik untuk baca lanjut]

Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang? Kerana  Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?

Kalau tidak faham bacalah maklumatnya … Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta.

Jangan terikut dengan Dr. Mahathir … Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?

Jangan terikut-ikut dengan DAP … Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam

Kita hendak pinda kerana … Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?

Baca, baca, bacalah dahulu … Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya

Advertisements