You are currently browsing the daily archive for 20 February, 2017.
Pilihanraya Umum ke 14 entah bila belum kita tahu tarikhnya. Tetapi fitnah untuk menghasut minda masyarakat sudah bermula.
Terbaru, beredar melalui WhatsApp fitnah mengatakan sebanyak 15 juta sarung jari plastik telah tiba untuk digunakan semasa PRU14 nanti bagi menanggalkan kesan dakwat supaya boleh pergi mengundi berkali-kali.
Yang sebenarnya ialah, gambar tersebut diambil dari satu laporan berita ABC News tahun 2013 yang melaporkan usaha membuat jari palsu [BUKAN sarung jari !] bagi membantu orang-orang yang jari mereka terpotong antaranya akibat penglibatan gangster Yakuza di Jepun.
Baca: ADUN Mana Yang BODOH Sangat sebar fitnah jari palsu untuk mengundi?
Inilah antara fitnah-fitnah yang bakal ditabur. Walaupun saya telah dedahkan di sini – fitnah ini akan tetap diguna dan digunakan.
Masyarakat di luar akan tetap mudah percaya dengan hasutan sebegini.
Bagi mereka yang gemar melibatkan diri dalam fitnah-fitnah sebegini, tanyalah diri anda sendiri. Apakah amalan sebegini yang hendak dibawa ke akhirat nanti?
Baca lanjut tentang FITNAH dan KEGANASAN PERSEPSI:
Sebelum mengeluarkan pandangan atau fatwa seorang mufti bukan sahaja mesti menguasai pelbagai bidang agama berkaitan dengan perkara yang hendak dihukumi, namun seorang mufti itu mesti terlebih dahulu faham apa isu yang menjadi persoalannya.
Sebagai contoh, dalam isu kalimah Allah.
Yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan ialah tuntutan puak pelampau evangelis Kristian, iaitu Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur (TRCAKL). Mereka membuat tuntutan semakan (Judicial Review) di Mahkamah Tinggi untuk dibenarkan mereka mengguna kalimah Allah di dalam terbitan majalah Herald – The Catholic Weekly.
Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan larangan terhadap penggunaan kalimah Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah untuk penggunaan agama lain sejak tahun 19hb Mei 1986 lagi. Namun TRCAKL tetap berdegil dan terus menggunakannya dalam penerbitan majalah Herald mereka.
Asas penggunaan mereka ialah untuk menterjemahkan istilah “God” dengan istilah “Allah” dan mereka tidak mahu mengguna terjemahan yang betul dalam Bahasa Melayu iaitu “Tuhan”.
Maka latar belakang kepada isu ini ialah mereka mahu guna untuk terjemahan istilah, itu yang pertama.
Kedua, dalam surat KDN bertarikh 24hb April 2007, larangan tersebut dipertegaskan lagi larangan penggunaan istilah Allah untuk agama lain KECUALI untuk menjelaskan penggunaan istilah Allah konteks agama Islam dan BUKAN konteks agama Kristian. Ini bermakna jika orang bukan Islam hendak menyebut “kalimah Allah” bagi merujuk Allah Yang Maha Esa dalam epistemologi ajaran Islam maka ianya tidak salah.
Bermakna, orang bukan Islam boleh sebut Allah – tapi bukan merujuk Allah itu kepada patung berhala tuhan-tuhan mereka yang pelbagai. Bermakna juga, mereka masih boleh panggil nama kawannya yang bernama “Abdullah”, tidaklah menjadi kesalahan. Begitu jugalah tiada larangan untuk orang-orang bukan Islam untuk menyebut “Allah” seperti menyanyikan lagu-lagu Negeri yang mengandungi “kalimah Allah” dalam lirik lagunya.
Bagaimana seorang mufti membangkitkan persoalan orang bukan Islam hendak menyanyi lagu Negeri Selangor kerana dalam lirik lagu “Allah lanjutkan usia Tuanku“? Inilah kaedah salah yang digunakan oleh seorang mufti kononnya hendak berkias tetapi inilah yang disebut sebagai “qiyas ma alfariq” yakni kias yang lari dari konteksnya.
Begitu juga dalam satu kenyataan beliau yang disiarkan dalam sebuah portal berita (17hb Mei 2014) menyebut bahawa “Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian“.
Beliau mungkin merujuk kepada ayat 82 surah Al-Maaidah di mana ” … Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
Persoalannya:
- Tidakkah mufti ini rujuk dan ambil iktibar dari asbabul nuzul ayat tersebut? Siapakah orang Nasrani yang disebut dalam ayat tersebut?
- Tidakkah mufti baca habis ayat tersebut yang menyebut bahawa pendita dan ahli ibadat orang Nasrani ini tidak sombong dan memberi jawapan yang benar kepada Raja Najasi ketika itu – yakni membenarkan ayat Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?
- Tidakkah mufti ini baca ayat selepasnya, iaitu sambungan kepada cerita dalam ayat 82? Bahawa orang-orang Nasrani ini selepas dimaklumkan tentang Nabi akhir zaman yang dinantikan itu telah tiba mereka gembira hingga mengeluarkan air mata dan terus beriman.
وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آَمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ وَمَا لَنَا لَا نُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا جَاءَنَا مِنَ الْحَقِّ وَنَطْمَعُ أَنْ يُدْخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ
“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad). Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang shaleh?”.” Surah Al Maaidah: ayat 83-84
Apakah sama sikap orang-orang Nasrani yang diceritakan dalam ayat-ayat 82-84 dalam surah Al-Maaidah itu dengan pelampau evangelis Kristian yang hendak memurtadkan umat Islam kini?
Yang berkaitan kalimah Allah:
- Kalimah Allah: Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
Bacaan tambahan:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Ramai Kristian Melayu Rahsiakan Identiti Mereka
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Memahami Gerakan Pelampau Evangelis Kristian Dari Penulisan Mereka Sendiri
- Strategi licik murtadkan Melayu
- Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!
Recent Comments