Pilihanraya Umum ke 14 entah bila belum kita tahu tarikhnya. Tetapi fitnah untuk menghasut minda masyarakat sudah bermula.

Terbaru, beredar melalui WhatsApp fitnah mengatakan sebanyak 15 juta sarung jari plastik telah tiba untuk digunakan semasa PRU14 nanti bagi menanggalkan kesan dakwat supaya boleh pergi mengundi berkali-kali.

Yang sebenarnya ialah, gambar tersebut diambil dari satu laporan berita ABC News tahun 2013 yang melaporkan usaha membuat jari palsu [BUKAN sarung jari !] bagi membantu orang-orang yang jari mereka terpotong antaranya akibat penglibatan gangster Yakuza di Jepun.

Inilah antara fitnah-fitnah yang bakal ditabur. Walaupun saya telah dedahkan di sini – fitnah ini akan tetap diguna dan digunakan.

Masyarakat di luar akan tetap mudah percaya dengan hasutan sebegini.

Bagi mereka yang gemar melibatkan diri dalam fitnah-fitnah sebegini, tanyalah diri anda sendiri. Apakah amalan sebegini yang hendak dibawa ke akhirat nanti?

Baca lanjut tentang FITNAH dan KEGANASAN PERSEPSI:

ssarungjariplastik

Advertisements