Tular PALSU terbaru petang ini ialah sebuah jambatan kaca di China runtuh. Dalam video berdurasi satu minit lebih itu hanya terpampar keriuhan mangsa yang kelam kabut.

palsu-jambatankacaruntuhItulah teruknya sesetengah pengguna media sosial hari ini yang sengaja mula cerita palsu dan ditularkan. Dan menjadi masalah besar kepada kebanyakan pengguna media sosial ialah apabila menerima mesej, mereka terus sebarkan tanpa memeriksa kesahihannya.

ingat ayat tabayyun dalam Al Quran! – baca Berapa Ramai Orang Kita Tular Membuta?

Sebenarnya video tersebut diambil dari satu video berdurasi lebih dua minit rakaman perarakan mengusung jenazah di Vietnam yang melalui sebuah jambatan gantung. Tetapi oleh kerana beban orang yang terlalu ramai maka ia runtuh.

Jahatnya orang yang mula edit video tersebut ialah dipotong bahagian awal video yang menunjukkan kejadian dari awal yang menunjukkan keranda diusung melalui sebuah jambatan yang sempit.

Bencana tersebut berlaku pada bulan Februari 2014. Sudah lama tapi digunapakai untuk menipu kita.

Kenapa kita menjadi JUARA TULAR BERITA PALSU?

Tular PALSU yang POPULAR  suatu masa dahulu – sehingga hari ini orang masih percaya – Prebet Adam Mengamuk Di Chow Kit Dan Al Marhum Tuanku Sultan Johor

Akhirnya inilah kesan … Hampir Seluruh Rakyat Hina Dan Kutuk Al Marhum Tuanku