Nurul Izzah dilaporkan mengata bahawa imej Madinah yang baru dilantik sebagai Ketua Audit Negara tercalar kerana suaminya adalah seorang Ketua Bahagian UMNO, maka persoalan yang lebih besar ialah bagaimana pula imej Wan Azizah?

imej-wanazizah-tercalar-oleh-dsaiSuami Wan Azizah adalah seorang yang terlibat langsung dengan Foundation for the Future (FFF). Anwar Ibrahim adalah Pengerusi FFF sejak dari mulanya FFF itu. FFF adalah di antara agensi kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggung jawab menghancurkan negara-negara Arab melalui agenda Arab Spring.

FFF ditubuh khusus untuk memporak-perandakan negara-negara Islam itu dan akhirnya ditutup selepas tugasnya selesai. Hingga ke hari ini, semua negara yang terlibat langsung dengan Arab Spring tidak pulih malah ada yang hancur sehancurnya.

baca: Foundation For the Future (FFF) Senjata Menjahanamkan Negara-negara Arab

Pada 1hb Okt 2006, Anwar meminta Bank Dunia untuk lepas pegawainya ke FFF demi untuk menyelamatkan pegawai tersebut ketika sahabat karib Anwar, Paul Wolfowitz, yang dihadapi skandal kerana amalan nepotisme melantik teman wanitanya, Shaha Riza dengan ganjaran yang lumayan.

Anwar terlibat langsung dalam amalan nepotisme di Amerika Syarikat. Anwar menyelamatkan perancang utama ke atas Iraq demi untuk membunuh Saddam hingga Iraq hancur sampai hari ini.

baca: Skandal Paul Wolfowitz Di Bank Dunia: Apa Peranan Anwar Ibrahim?

Anwar bukan sahaja akrab dengan Wolfowitz, tetapi Anwar duduk di dalam struktur organisasi yang mengatur polisi luar negara Amerika Syarikat serta membantu dalam agenda AS untuk menghancurkan negara Islam.

Jika Anwar sebegini rupa penglibatannya dengan negara Uncle Sam, apakah tidak tercalar imej Ketua Pembangkang, Presiden PKR? Apakah ianya juga tercalar imej Naib Presiden PKR yang merupakan anak kepada orang yang terlibat langsung dengan amalan nepotisme di AS?

Baca juga:

 

 

Advertisements