Sudah genap 3 tahun, Rafizi mengutarakan Langkah kEjang apabila Lee Chin Cheh dipaksa kosongkan kerusi DUN Kajang. Maka lagi sebulan genaplah 3 tahun Wan Azizah menjadi ahli DUN yang asalnya diperuntukan kepada Anwar Ibrahim.

Dalam menjelaskan perancangannya, diuar-uarkan oleh Rafizi bahawa dia tahu (pada masa itu – seawal akhir tahun 2012 lagi!) ada perancangan untuk jatuhkan Najib. Rafizi mengatakan bahawa:

It is an open secret that the move to remove Najib Razak has begun. As a party strategist, I cannot rule out the possibility that Najib is removed and Umno falls to the ultras led by Mahathir Mohamad’s faction.

Bermakna Rafizi sudah tahu Mahathir sedang atur untuk pecat Najib sebagai Presiden UMNO dan Mahathir akan menggantikan Najib dengan pemimpin pilihannya yang “ULTRAS”.

Dan apabila itu berlaku Mahathir akan memanipulasikan pelbagai bangsa dan perbezaan agama untuk menimbulkan suasana ketegangan, ketidak kepercayaan terhadap kerajaan Selangor.

Should Najib fall, expect a full blown manipulation of racial and religious issues to create mistrust and frustration with the Selangor government.

Bermakna, Rafizi mengatakan bahawa Mahathir adalah LEBIH BAHAYA dari Najib. Sebab itu jika Mahathir berjaya menjatuhkan Najib, maka pembangkang akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar kerana orang-orang “ULTRAS” Mahathir membahayakan.

Maka dipecat Menteri Besar Khalid Ibrahim kerana tidak akan mampu berhadapan dengan perancangan Mahathir nanti. Akhirnya diusulkan supaya Wan Azizah menggantikan MB “terbaik mereka”. Kalau sudah terbaik – kenapa masih hendak ganti?

[Apakah benar ura-ura mengatakan bahawa Khalid dipecat kerana tidak mahu mengeluarkan dana pilihan raya untuk PKR dan DAP semasa PRU13?]

“We are proud of Selangor’s performance under Khalid’s administration. He is frugal. He is stingy because he is dealing with state coffers, the rakyat’s money.” [Anwar Ibrahim 3 Feb 2014]

Pecat Khalid untuk Anwar ganti jadi MB Selangor tidak menjadi. Beralih pula Anwar Mahukan Bininya (MB) jadi MB pun tidak dapat juga.

Dari Langkah Kajang kini ianya sudah kEjang. Tujuan asalnya untuk halang pengaruh Mahathir. Ianya berakhir dengan terperangkap dalam kenyanyukan Mahathir.

Langkah kEjang yang asalnya untuk kEngkang pengaruh Mahathir sekarang terkAngkang bersama Mahathir.

langkahkejang-akhirdengan-mahathir

Advertisements