Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengatakan terdapat dakwaan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bahawa jari palsu telah diimport dari China oleh pihak tertentu untuk digunakan bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya akan datang.

Memetik dari https:/selangorkini.my, Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pelbagai helah atau penipuan bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti dengan kemasukan jari palsu yang ditempah khas daripada China.

“Jangan ambil remeh, kalau nak menang kita kena bantu untuk memastikan tiada penipuan yang ada. Baru-baru ini kita tak pasti, kita dapati ada jari-jari palsu yang dijual atau diimport atau ditempah dari China.

“Apa tujuannya? Apakah anda menafikan perkara itu tak mungkin berlaku? kemungkinan ini berlaku, sebab kemasukkan mereka ini pekerja asing untuk bekerja tetapi sekarang mereka juga ada kad pengenalan diberikan yang mungkin jadi penambah undi untuk BN”

Rodziah berkata demikian pada program Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Seksyen 18 Shah Alam pada 26hb Februari 2017.

Amboi!

Biarlah cerdik sikit Rodziah ini. Jangan BODOH sangat atau jangan memBODOHkan diri.

Gambar-gambar yang tersebar tentang jari palsu itu (atau jari prostetik) untuk orang yang kudung jari akibat gangsterisme Yakuza di Jepun. Gambar-gambar yang ditular adalah diambil dari pelbagai laporan berita pada tahun 2013 tentang usaha untuk masalah jari kudung di Jepun. Bukan cerita jari palsu dari China untuk Malaysia.

Ianya hanya untuk orang yang tiada jari. Bagaimana hendak disarungkan kepada orang yang sudah berjari? Inilah yang dikatakan BODOH.

Biar gambar di bawah berbicara. Anda jangan terikut BODOH.

 

Advertisements